Khamis, 30 Jun 2011

TIPU DAYA YANG MERUGIKAN




Ingatan
Bagi orang beriman
Daripada Tuhan
Pencipta sekelian kejadian
Berimanlah
Kepada Allah
Di hadapan didatangi berbagai masalah
Guna tipudaya takut akan kalah
Beri Mykad takut akan kalah
Penyelewengan ini dilihat Allah
Oleh itu tinggalkanlah
Perjuangan asobiyah
Ikutlah perintah Allah
Hidupkanlah
Sunnah Rasulullah
Turutilah
Apa yang ada dalam kitabnya
Allah yang Maha Kaya
Elakkan tipudaya
Semasa mengadakan pilihanraya
Diperhatikan manusia
Dari seluruh dunia
Para Malaikat yang mencatit semua
Di akhirat didedahkan semua
Rugi yang sesat
Rugi yang menyesatkan manusia
Dengan teori ketuanan bangsa
Ada pada Firaun saja
Mahu bunuh Musa
Di Laut Merah binasa
Jasadnya
Masih ada dalam muzium di Mesir
Ubahlah yang mahu berfikir


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1432/Jun2011

Rabu, 29 Jun 2011

MENUJU AMAL SOLEH



Bersih
Rohani
Bersih
Jasmani
Baru berani
Baru wujud masyarakat madani
Baru reput ekonomi kroni
Baru ahli perniagaan senang hati
Bila persaingan bebas dihormati
Baru hasil projek berkualiti
Ini yang rakyat nanti-nanti
Anasir-anasir perkauman pun hampir mati
Elok diganti
Dengan pemimpin yang adil
Pimpinan yang bersih
Pasti pilihanraya pun bersih
Kerajaannya bersih
Mewujudkannya dianggap amal soleh


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1432/Jun2011

Selasa, 28 Jun 2011

IMAN DAN CINTA




Orang beriman
Ada perasaan belas kasihan
Buat suruhan tinggal tegahan
Di antaranya perasaan perkauman
Memuja ketuanan bangsa
Walaupun pemimpin bangsa itu zalim
Penipu
Perasuah dan
Pecah amanah
Ini disuruh lawan oleh sunnah
Sunnah Nabi s.a.w
Sesama manusia utamakan Islam
Menghadapi musuh
Memerlukan kesungguhan
Meninggalkan semua larangan
Membanyakkan amalan
Di setiap keadaan
Di setiap kesempatan
Menanti syaitan
Menggunakan media massa
Mahu kekalkan kuasa
Mudah menyalahguna kuasa
Menaikkan harga barang-barang
Terus jatuh nilai wang
Terus dikuasai puak temberang
Islam menghargai Iman dan Cinta
Cinta
Sesama manusia
Berdasarkan Iman
Berteraskan ilmu pengetahuan
Baru lurus jalan
Baru banyak bekalan
Inilah budaya ibadurahman
Berani menetang kezaliman
Baru negara aman
Bersatu dalam kepelbagaian
Inilah harapan
Rakyat sekalian


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1432/Jun2011

Isnin, 27 Jun 2011

PANTUN GUANGZHOU

Muslimat Kuliah Dhuha, Ipoh



Solat lima waktu di surau
   Dilakukan orang yang taat
Banyak tarikan bandar Guangzhou
   Dengan berniaga untung pun dapat

Cantik nampak batu karang
   Boleh dijadikan sebagai perhiasan
Di Gunagzhou mudah beli barang
   Kaum Hawa mendapat kepuasan

Pisang abu pisang berangan
   Mudah dibeli di pasar tani
Bandar Guangzhou bandar perniagaan
   Melabur wang mesti berani

Nasi putih nasi buhara
   Dijual kepada pelancong Islam
Ibn Waqas sanggup mengembara
   Di Guangzhou makamnya tersergam

Ikan pelata ikan bawal
   Dua jenis ikan laut
Di Guangzhou banyak barang dijual
   Keuntungannya orang berniaga kaut

Pergi kebun cari rambutan
   Dapat pula daun pegaga
Fahaman perkauman direstui syaitan
   Mahu manusia terlepas syurga

Ikan puyu ikan keli
   Dua jenis ikan darat
Ada duit barang dibeli
  Bila balik beg pun berat

Ikan kembung ikan pari
   Mudah dipukat di laut dalam
Muka muslimat nampak berseri
   Dapat membeli apa yang diidam


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Guangzhou, China

MENGEMBARA YANG BERMAKNA

Dari tanah Arab
Menuju negara Tiongkok
Bangsa Tionghua
Jumlahnya besar
Dengan semangat jihad
Setelah ditarbiyah oleh Rasulullah
Berselerak sahabat-sahabat Nabi s.a.w
Ke negeri-negeri lain
Menyebarkan kalimah Tayyibah
Membesarkan Allah
Bergelora jiwa Saad ibn Waqas
Menaiki unta; tanpa harta
Bergerak dari suatu tapak ke suatu tapak
Meninggalkan kota Madinah
Tujuan utama
Dakwah
Mengembangkan Islam
Jika kita fikirkan
Mana mungkin
Di kurun tujuh masehi
Saad Ibn Waqas
Dengan rakan-rakan setia
Dengan semangat besi waja
Buat apa saja
Demi agama tercinta
Saad Ibn Waqas bertapak di Guangzhou
Ada maqamnya
Ada masjidnya
Diketahui ramai manusia
Bila dasar ekonomi China
Dasar terbuka
Bebas beragama
Maqam Ibn Waqas didatangi
Pelancong-pelancong muslim
Dari seluruh dunia
Mengenangkan jasa
Saad Ibn Waqas
Hebatnya Saad Ibn Waqas
Matinya di negeri China
Matinya jauh dari negeri Arab
Matinya mati penuh makna


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Bilik 313 Jamei Hotel, Guangzhou

Ahad, 26 Jun 2011

MENANTI PESANAN

Bila berada
Di Bandar terbesar
Di China Selatan
Di Guangzhou
Diganggu hanya
Sekali-sekala peminta sedekah
Keseluruhannya
Rakyat bangsa Cina
Hidup tanpa gangguan
Pihak berkuasa
Dipentingkan perniagaan
Bersaing sesama sendiri
Bermastautin di rumah pangsa-pangsa
Di seluruh kawasan bandar
Dihiasi tanaman pokok-pokok
Di sesetengah jalan-jalan
Terdapat juga pokok mempelam
Ada yang berbuah
Di waktu malam dihiasi dengan lampu elektrik
Dasar penguasa bandaraya yang cerdik
Dari kecil dididik
Berniaga
Berniaga
Berniaga
Dengan iman dan beramal soleh
Boleh bahagia di syurga
Terima kasih orang Cina
Kepada
Saad ibnu Waqas
Penyebar Islam yang bijaksana


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Bilik 313 Jiamei Hotel, Guangzhou

Khamis, 23 Jun 2011

TOLAK SYAITAN BISU

Selesai baca surah Yaasin
Doa Haikal dan ayat 7
Waktu fajar; masuk jam 5 pagi
Ramai yang rugi
Bila bangun
Matahari sudah naik
Harga barang-barang
Di Malaysia terus naik
Rakyat diam saja
Kata orang kampung
Inilah takdir
Kata orang bermaklumat
Tukar Kerajaan Pusat
Laksanakan Negara Berkebajikan
Laksanakan Buku Jingga
Bimbing juga keluarga
Dengan hadir di majlis-majlis ilmu
Belajar jangan jemu-jemu
Maqam mutma'inah
Akan bertemu
Benarkan ajaran wahyu
Ubahlah sekarang
Hai Melayu
Tinggalkan yang lama
Tolak pimpinan haprak
Tolak syaitan bisu
Poco-poco ambil tahu
Video seks lucah terus membisu
Naik juga harga susu
Ibu muda mengeluh selalu
Kepada siapa nak mengadu
Daripada media massa
Nampak semua beres
Diam pejuang keris
Bahasa Melayu terhakis
Pengurusan wang negara sentiasa tiris
Laporan tahunan
Ketua Audit Negara menyatakan
Banyak penyelewengan
Dibiarkan pihak atasan
Menanti pertukaran kerajaan
Di peringkat Persekutuan
Ini saja harapan
Inilah doa rakyat sekelian
Semoga dikabulkan Tuhan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Dewan Solat Masjid Muhammadan, Gunagzhou
Rejab1432/Jun2011

Rabu, 22 Jun 2011

SOLAT JUMAAT DI MASJID MUHAMMADAN BANDARAYA GUANGZHOU

I

Aku bermusafir
Bersama kumpulan
Kuliah Dhuha Ipoh
Menyahut perintah Allah
Supaya bermusafir di bumi Allah yang luas
Terbentang di alam maya ini
Perlu berani
Perlu wang
Baru dakwah berkembang
Bukan seorang
Daripada jemaah
Yang cintakan
Allah dan Rasul

II

Tiba di dalam masjid
Aku solat tahiyatul masjid
Aku baca Al-Quran
Waktu masuk jam satu tengahari
Keredhaan Allah aku cari
Mengarang puisi seorang diri
Semoga Allah meredhai
Semoga berkembang dakwah melalui puisi
Semoga tamat rejim korupsi
Semoga masyarakat majmuk
Didedahkan keindahan Islam
Bacalah buku siang dan malam
Semoga faham
Baru tinggi maqam
Baru beriman dan istiqamah
Baik untuk ummah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Dewan Solat, Masjid Muhammadan Guangzhou
Rejab1432//Jun2011

Selasa, 21 Jun 2011

IBNU WAQAS DALAM KENANGAN

dari Madinah ke benua China



Bermula daripada kuliah dhuha
Ditumpukan usaha
Bermusafir ke benua China
Tumpuan utama
Bandar Guangzhou
Kubur Saad Ibnu Waqas
Tidak diganggu
Disekitarnya ada masjid
Mendoakan
Saad Ibnu Waqas
Salah seorang sahabat Nabi s.a.w
Agak awal menerima Islam
Agama kebenaran
Agama keadilan
Agama perpaduan
Agama kebaikan dunia dan akhirat
Perlu hanya taat
Betulkan niat
Perjuangkan syariat
Inilah matlamat
Kuliah Dhuha, Ipoh
Hasil pemikiran Ustaz Wan Ahmad Tarmizi
Dengan bantuan dan kerjasama rakan-rakan
Melebarkan sayap
Ke Kemboja dan Vietnam
Sejak 2007
Usaha dakwah diteruskan
Jelas mendapat kejayaan
Dengan izin Tuhan
Bertambah pelajaran
Daripada kitab-kitab Jundullah
Jihad di jalan Allah
Puasa sunat hari Isnin
Setiap minggu digalakkan
Hari Selasa diadakan jamuan makan
Mengeratkan setiakawan
Guangzhou membawa harapan
Berkembangnya iman dan Islam
Menyambung usaha Saad Ibnu Waqas
Sahabat yang ikhlas
Merentasi padang pasir
Mengharungi kesusahan
Dari Madinah ke benua China
Daripada usaha Ibnu Waqas
Berkembang agama
Diterima
Sesetengah manusia
Dahulunya Canton
Sekarang digelar Guangzhou
Sebuah bandar berdaya maju
Bersaing sesama sendiri
Memajukan ekonomi
Bukan ekonomi Marx
Tapi ekonomi terbuka
Bebas berniaga
Hebatnya bangsa China
Ketuanan mereka kerja
Kerja dan kerja
Harga barang-barang murah
Datang pelancong
Mencurah-curah
Ahli-ahli perniagaan mengaut untung
Pembeli-pembeli redha membayar
Mutu produk pun memuaskan
Tahniah
Saad Ibnu Waqas
Perjuangan mu
Pengorbanan mu
Patut dicontohi
Perasaan perkauman dijauhi
Perlu diisi
Dengan iman dan Islam
Inilah cita-cita Kuliah Dhuha
Inilah sebabnya Guangzhou diziarahi
Al-Fatihah
Untuk Saad Ibnu Waqas


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Bilik 313 Hotel Jiamei, Guangzhou
Rejab1432/Jun2011

Isnin, 20 Jun 2011

BILAKU FIKIRKAN



I

Bilaku tiba di Masjid Ibnu Waqas
Bersama rombongan Kuliah Dhuha Ipoh
Dalam hatiku berkata-kata
Begitu jauh menaiki unta
Saad Ibnu Waqas tiba di China
Tujuannya
Satu saja
Mengembangkan agama
Sesama manusia
Tanpa ketuanan bangsa
Saad Ibnu Waqas
Menemui manusia berlainan bahasa
Ingat Allah Maha Esa

II

Aku hairan
Saad Ibnu Waqas tanpa kenderaan bermotor
Tanpa pesawat jet
Boleh tiba di China
Bilaku fikir panjang-panjang
Baruku tahu
Ini kehendak Allah
Ini kuasa Allah
Dengan cara ini juga
Penguasa zalim boleh kalah
Dengan mencontohi Saad Ibnu Waqas
Jadikan diri kita ikhlas
Bacalah surah Al-Ikhlas
Amalkan kehendak surah Al-Ikhlas
Nescaya gerombolan
United Malays National Organization tumpas
Di Kelantan dah terlepas
Di Kedah dah terlepas
Di Pulau Pinang dah terlepas
Di Selangor dah terlepas

III

Setelah berdoa di maqam Saad Ibnu Waqas
Aku sudah tak hairan lagi
Perjuangan Ketuanan Bangsa
Pasti rugi
Banyak pemimpin mereka dah mati
Tiada siapa ziarahi
Berbeza dengan Ibnu Waqas
Pelawat-pelawat datang dari seluruh dunia
Umat Islam  rasa bangga
Ibnu Waqas di syurga
Dengan Rasulullah
Mereka cukup setia
Disuruh buat apa saja
Bertebaranlah kamu
Berdakwahlah kamu
Berjihadlah kamu
Ini Ibnu Waqas tahu
Melayu perlu diberitahu
Hidup tanpa wahyu
Baik lagi ikan puyu

IV

Pergi ke hutan mencari kayu,
   Dapat seekor kijang betina,
Tanpa Islam hinalah Melayu,
   Di akhirat KLCC tak berguna.


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Bilik 313 Jiamei Hotel Guangzhou, China
Rejab1432/Jun2011

Ahad, 19 Jun 2011

HARI BAPA



I

19 Haribulan Jun 2011
Hari Ahad
Diraikan Hari Bapa
Diraikan di seluruh dunia
Mengenang jasa bapa tercinta
Membesarkan kita mengorbankan harta
Hanya untuk keselamatan kita
Beban keluarga dipikul di bahu bapa
Bagi kita
Bapa kita seperti superman
Menjaga seluruh keluarga
Tempat ibu bermanja
Setiap diri kita
Ada berbagai cerita
Tentang bapa kita

II

Oleh itu
Di Hari Ahad
Bersamaan 17 Rejab 1432 Hijrah
Bersama-sama doakan bapa
Semoga dirahmati Allah bagi yang dah arwah
Menjadi kewajiban kita
Menghadiahkan Al-Fatihah
Mendoakan kesejahteraan bapa kita
Didoakan juga ibu kita
Mendapat rahmat
Di dalam kubur
Di dalam pemeliharaan Allah s.w.t
Amin...amin!

III

Pagi-pagi mengukur kelapa
   Keluar santan berwarna putih
Banyak jasa ibu bapa
   Membesarkan kita tak pernah letih


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1432/Jun2011

PANTUN INGIN BERJAYA



Kalau berladang menanam keladi
Keladi dibawa ke tanah seberang
Ulama akhirat banyak berbudi
Ribuan kitab agama dikarang

Kalaulah tidak selendang Bali
Serindit makan si lada muda
Buku agama elok dibeli
Bila dibaca mencerahkan minda

Kapal nelayan berlayar ke seberang
Sampan kolek mudik ke hulu
Jika mahu kubur terang benderang
Membuat maksiat hendaklah malu

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Bila berakhlak mulia muda mudi
Mudah tinggalkan semua larangan

Limau purut di luar pagar
Rimbun putik dengan bunganya
Bila perintah Allah berani langgar
Kehidupan akhirat dalam bahaya

Makan sirih berpinang tidak
Pinang ada dibawah tangga
Apa tanda perangai budak-budak
Tidak menjaga maruah keluarga

Pisang emas bawa ke Bentan
Masak sebiji di atas panggung
Musuh kita ialah syaitan
Mahu manusia dosa menggunung

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Sekarang dacing dulu kapal layar
Perjuangan mereka separuh mati

Pisang nangka dimasak pengat
Kait-kait banyak durinya
Banyak sultan sudah mangkat
Muhammad Al-Fateh saja berjaya

Puas saya bertanam ubi
Nenas juga dipandang orang
Untung yang ikut Nabi
Dalam kubur terang benderang

Pulau Pandan jauh ke tengah
Di balik Pulau Angsa Dua
Ceramah Anwar mengapa ditegah
Isi ucapannya orang percaya

Puyu-puyu konon namanya
Didalam kolam konon tempatnya
Jika di akhirat ingin berjaya
Beramal ibadatlah sepenuhnya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1432/Jun2011

Sabtu, 18 Jun 2011

BERMUSAFIR DI GUANGZHOU, CHINA


Guangzho, China


Rombongan Kuliah Dhuha Ipoh yang diketuai oleh Ustaz Wan Ahmad Tarmizi berserta 17 muslimin dan muslimat berada di Jiamei Hotel, Guangzhou selama 3 malam mulai daripada 7 hingga 10 Jun 2011.

Tempat penginapan kami berdekatan dengan Masjid Muhammadan, Guangzhou. Restoran Halal juga berdekatan dengan hotel kami. Disamping membeli belah, kami juga pergi menziarahi Maqam Saad Ibnu Waqas (sahabat Nabi s.a.w) yang telah mengembangkan Islam ke negeri China pada kurun 7 Masehi. Kami berkesempatan juga solat Zohor dan Asar jamak takdim di Masjid Ibn Waqas. Terdetik di hati kecil saya bagaimana Saad Ibnu Waqas boleh sampai ke negeri China yang begitu jauh dari Madinah. Tentu ada pertolongan ghaib daripada Allah s.w.t. Oleh itu setiap pejuang Islam mesti menguatkan hubungan dengan Allah s.w.t melalui ibadat wajib dan ibadat sunat seperti solat dan puasa yang akan menguatkan jiwa setiap kita.

Di kota Guangzhou, ibu kota wilayah Guangdong berdiri masjid tertua di China, iaitu Masjid Abi Waqqas.

Perlu diingat rombongan kami terdiri daripada sebelas orang muslimat, ini bermakna membeli belah menjadi agenda utama bagi mereka. Cuaca di bulan Jun di China adalah panas. Waktu tempatan sama dengan waktu di negara kita, hanya waktu Subuh bermula jam 5 pagi dan berakhir jam 5.40 pagi. Sekitar jam 6 pagi suasana di luar bilik hotel sudah cerah seperti siang hari. Pertukaran matawang Yuan dan Ringgit Malaysia menguntungkan kita. Bagi sesiapa yang ingin melancong ke Guanzhou, perlulah kuatkan iman disebabkan wanita China jelita dipandang mata.

Rombongan Kuliah Dhuha, Ipoh


Klik di sini untuk Foto seterusnya.

HASANAH DUNIA dan HASANAH AKHIRAT

Panduan Hidup



I

Ulama menyatakan
Baiknya kesihatan
Kesihatan jiwa
Kesihatan jasmani
Kuatlah rohani

II

Ulama menyatakan
Perlu ilmu yang bermanfaat
Mudah ikut kehendak syariat
Bersedia melakukan ibadat

III

Ulama menyatakan
Banyakkan amal soleh
Di negara serba boleh

IV

Ulama menyatakan
Perlu iman yang teguh
Buat yang disuruh
Maksiat tinggalkan jauh-jauh

V

Ulama menyatakan
Ikhlaskan dalam amalan
Hanya buat untuk Allah
Sabar berhadapan masalah

VI

Ulama menyatakan
Hidup bahagia
Dengan rezeki dan harta halal

VII

Ulama menyatakan
Perlu keluarga harmoni
Suami isteri hidup mesra
Perintah Allah buat segera

VIII

Ulama menyatakan
Ada kehidupan
Setelah kematian
Ada nikmat kubur
Ada seksa kubur

IX

Ulama menyatakan
Balasan keimanan
Balasan amal soleh
Ialah syurga
Inilah kejayaan sebenar
Inilah hasanah dunia
Inilah hasanah akhirat
Inilah kebaikan dunia
Inilah kebaikan akhirat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1432/Jun2011

Jumaat, 17 Jun 2011

PANTUN CAKAP TAK SERUPA BIKIN

bermuka-muka



Hari-hari pergi ke kebun
Di dalam kebun membuat perlak
Apa guna harta bertimbun-timbun
Jika hukum Allah dielak

Hendak dulang diberi dulang
Dulang berisi sagu mentah
Pergerakan Islam jangan dihalang
Dalam kubur terima padah

Hendak dulang diberi dulang
Dulang ada berpahar tidak
Sebutlah nama Allah berulang-ulang
Dengan kebenaran mudah berpihak

Kalau ada jarum yang patah
Jangan simpan di dalam peti
Berucap Abdullah Ubai cukup petah
Azab neraka sedia menanti

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita bersama mandi
Melihat penzalim rakyat meradang
Tolak mereka dengan undi

Kalau tuan pergi ke bendang
Jangan dipetik buah rumia
Bila hati rakyat meradang
Menumbangkan perasuah tugas utama

Kembang cendawan di tengah padang
Tempat Cik Siti memacu kuda
Kekayaan perasuah rakyat tak pandang
Dianggap hebat melalui propaganda

Lancang kuning lancang pusaka
Nampak dari Tanjung Puan
Hina hidup golongan bermuka-muka
Lain buat daripada yang diucapkan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1432/Jun2011

Khamis, 16 Jun 2011

TERUSKAN



Bila nasib rakyat difikirkan
Bila rakyat marhaen mahu dibela
Allah berikan pahala
Mengamalkan suruhannya
Meninggalkan larangannya
Buat sedaya upaya
Menanti saja Putrajaya
Bagi manusia berjiwa waja
Allah tetap dipuja
Teruskan kerja
Dihadapan ada bahaya
Ada pimpinan durjana
Budaya mungkar dibina
Pendatang asing diberi kerja
Anak perut bumi
Mengasingkan diri
Majlis ilmu dijauhi
JK masjid dikuasai
Sekat majlis pengajian
Biarkan berlebihan hiburan
Media massa jadikan rujukan
Terpengaruh yang tak ada pelajaran
Hingga lupa diri sendiri
"Perkasa" hanya pada teori
Berbeza amali
Terima nasihat daripada syarikat Yahudi
Berleluasa judi
Rosak akhlak muda mudi
Malaysia: Apa nak jadi?
Semua tak jadi
Tinggal satu lagi
Beri undi anda
Selain daripada gerombolan putaralam
Bangun solat malam
InsyaAllah wadah perkauman tenggelam
Seperti tenggelamnya kapal Titanic di lautan dalam


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1432/Jun2011

Rabu, 15 Jun 2011

INILAH JALANNYA

ke arah Malaysia maju dan aman


Dalam sistem demokrasi
Pemilihan oleh suara ramai
Boleh tolak yang cuai
Boleh tolak yang hak ahli diabai
Disebabkan tarikan dunia
Lupa tujuan hidup manusia
Berpandukan kehendak agama
Membangunnya perlu bersama
Perlu ada kuasa
Melalui Tahaluf Siasi
Menolak konspirasi
Menolak korupsi
Yang dibina atas dasar Machiavelli
Matlamat menghalalkan cara
Yang di atas gembira
Boleh buat apa saja
Ikut suka aku
Disekat pergerakan Mahasiswa dengan AUKU
Akta
Lulusan Parlimen
Mahu pelajar-pelajar tunduk dengan tekanan
Tekanan kepada pelajar-pelajar berjiwa merdeka
Biar jadi kumpulan bermuka-muka
Diajar menikmati kemewahan hidup
Diberi kemudahan-kemudahan keduniaan
Disedari yang beriman
Mewujudkan kumpulan
Menentang kemungkaran
Membenarkan yang ada dalam Quran
Hairan puak keduniaan
Bila adil dalam pemilihan
Dalam jemaah orang-orang yang beriman
Ingin melakukan perubahan
Diperingkat negeri dan persekutuan
Dasarnya berkebajikan
Bekerjasama dalam kepelbagaian
Inilah jalan
Malaysia yang maju dan aman


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1432/Jun2011

Selasa, 14 Jun 2011

MEMBELA BANGSA

membela bangsa dengan Islam


Hari berganti hari
Elok muhasabah diri
Ilmu pengenalan perlu dicari
Ilmu pengetahuan pelengkap diri
Bila ini dimiliki
Boleh memimpin anak negeri
Jauh daripada dianaktiri
Jauh daripada ekonomi kroni
Harga barang-barang naik tanpa disedari
Gelisah surirumah
Kos hidup bertambah
Perlu ubah
Boleh selesai masalah
Minta tolong dengan Allah
Berselawat kepada Rasulullah
Berjihad sentiasa
Membela bangsa
Dengan syariat yang mulia
Penyelamat bagi manusia
Islam itulah namanya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1432/Jun2011

Isnin, 13 Jun 2011

PANTUN TENGGELAM YANG DICINTAI



Lembu baru kereta pun baru
Baru sekali masuk Melaka
Politik lucah jangan ditiru
Membawa penyokong masuk neraka

Malam ini merendang jagung
Malam esok merendang serai
Dosa penzalim tidak tertanggung
Menyesal bila roh bercerai

Mangkuk jarang pinggan jarang
Si jorong berisi buah jati
Laporan media banyak temberang
Bawa dosa sampai ke mati

Orang mengail di lubuk batu
Dapat seekor ikan gelama
Berbagai kaum boleh bersatu
Dengan menolak politik lama

Padi ini semumba-mumba
Daun kurma daun cempedak
Ekonomi kroni berteraskan riba
Dijadikan rakyat semacam budak

Sekuntum bunga di dalam padi
Ambil sebatang cabut uratnya
Pakatan Rakyat ingin berbudi
Boleh lakukan bila di Putrajaya

Pergi ke pasar tawar menawar
Beli seekor ikan pelaga
Kerajaan pening kerana Anwar
Dibelakangnya ada Buku Jingga

Permata jatuh ke dalam rumput
Jatuh ke rumput dibilang-bilang
Parti perkauman sudah reput
Dikalangan remaja pengaruhnya hilang

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pakatan Rakyat boleh menang
Bila keadilan diambil kira

Tetak buluh panjang sepuluh
Mari jolok serang penyengat
Dengan ilmu amalan disuluh
Sesama rakyat ingat mengingat

Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Parti perkauman dah nazak
Disebabkan dasar tinggalan zaman

Ada padi ada beras
Bertanak nasi berperiuk tembaga
Gelombang reformasi begitu deras
Tenggelam kroni dan keluarga


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1432/Jun2011

Ahad, 12 Jun 2011

PANTUN NEGARA MAJUJAYA



Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Mari sokong perhimpunan Bersih
Mahu pilihanraya yang aman

Anak beruk di tepi pantai
Pandai melompat dan berlari
Datang ke Bersih niat bersantai
Musuh pula tidak dicari

Anak negeri mencari tuba
tuba dicari di Tanjung Jati
Dakwat Hitam elok dicuba
Baru puas hati para pemerhati

Apa guna berkain batik
Kalau tidak dengan sujinya
Elak menipu bila berpolitik
Baru bermakna pegang Putrajaya

Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Pencinta bahasa hati terguris
Melihat DBP longlai nampaknya

Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Rakyat nampak kebolehan Pakatan
Berjaya memerintah empat negeri

Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Bila rakyat yakinkan Pakatan
Nasib rakyat tetap di jaga

Baik bergalas baik tidak
Buli-buli bertali benang
Pemerintah zalim rakyat tak hendak
Guna tipudaya untuk menang

Baik-baik bertanam ubi
Biar rapat jangan jarang
Bila berpolitik ikut Nabi
Tidak ada tindakan curang

Bandar baru Seberang Perai
Gunung Daik bercabang tiga
Usah harapkan Pakatan bercerai
Bila kebajikan rakyat dijaga

Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Dengan takbir sahut menyahut
Membuat maksiat tentu malu

Buah rambai dalam peti
Lazat cita pula rasanya
Biarlah Pakatan Rakyat mengganti
Membawa negara kita majujaya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1432/Jun2011

Sabtu, 11 Jun 2011

PANTUN BANYAKKAN PAHALA

Buah pauh dari permatang
Dibawadengan putik kelubi
Penguasa zalim wajib ditentang
Dengan mengikuti Sunnah Nabi

Buah tembikai masak tak manis
Masak sebiji isinya merah
Apco Worldwide berfahaman zionis
Mahu hidup Goyim bermasalah

Bunga tanjung kembang semalam
Pohon tinggi tidak berduri
Apa makna beragama Islam
Jika harta rakyat dicuri

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Apa guna duit beribu-ribu
Jika hidup ketandusan iman

Dari Johor ke Majapahit
Singgah berlabuh di Pulau Bentan
Mari bercita-cita mati syahid
Dengan ilmu tewaskan syaitan

Dari jauh ke Permatang
Tetak dengan papan kemudi
Orang tamak macam binatang
Jadikan penasihat kumpulan Yahudi

Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput daripada padi
Pembunuh Altantuya tetap hina
Dijadikan penasihat pula Yahudi

Dua tiga kucing berlari
Manakan sama si kucing belang
Daripada komisyen mengkayakan diri
Ini tanda iman dah hilang

Hanyut pecian di tali rumin
Penuh berisi gala-gala
Jadikan zikir sebagai vitamin
Bila beramal banyaklah pahala

Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam jelai
Hak dan batil mesti bertembung
Di Badar leher Abu Jahal terkulai


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab2011/Jun2011

Jumaat, 10 Jun 2011

MUSIM CUTI MUSIM PERKAHWINAN



Perkahwinan
Bila dua insan berkenan
Merapatkan hubungan
Mengeratkan tali persaudaraan
Membiaklah keturunan
Mulai Adam dan Hawa
Berkembang biak manusia
Berbagai bangsa
Berbagai bahasa
Berlumba-lumba berbuat kebajikan
Melalui persatuan
Melalui penulisan
Lahir manusia berjiwa besar
Berani menentang yang mungkar
Dengan berteraskan wahyu
Bertamadunlah Melayu
Bila berguru
Bila beriman dan berilmu
Dengar tazkirah tak jemu-jemu
Baru tahu
Hikmah pernikahan
Semuanya sah
Mulai dengan bismillah
Dengan menyebut nama Allah
Boleh selesai banyak masalah
Nama sebutan manusia
Dari dulu hingga sekarang
Menyesal bila nyawa sampai ke halkum
Baru nak ikut jemaah
Baru nak solat berjemaah
Baru nak dengar tazkirah
Inilah masalah
Malas hadir di majlis ilmu
Boleh diatasi
Dengan muhasabah diri
Sesama suami isteri,berjanji
"Sesungguhnya solatku,ibdatku;
Hidupku dan matiku.adalah untuk
Allah, Tuhan semesta alam
Bila dilakukan siang malam
Bila dilakukan oleh Kuasawan dan Murbawan
Selamatlah manusia sekalian


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1432/Jun2011

Khamis, 9 Jun 2011

MENANTI GILIRAN



Menanti giliran
Berjumpa doktor
Di Hospital Kerajaan
Disebabkan sakit tua
Prostat
Kencing manis
Kolestrol tinggi
Baru sedar harga diri
Bila sakit diri sendiri
Baru nak muhasabah diri sendiri
Baru sedar erti hidup
Hidup di dunia
Penuh pancaroba
Disebabkan ekonomi riba
Diberi projek-projek kepada kroni-kroni saja
Kemajuan barat dipuja
Melalui iklan-iklan wanita jelita
Terbeliak biji mata
Melihat artis dan aktres
Memberahikan buaya darat
Paparan media massa perdana
Penzalim tetap hina
Dapat harga daripada penyalahguna kuasa
Lupa peredaran masa
Demi masa
Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian
Kenyataan daripada Tuhan
Berkesan
Bagi yang beriman
Bersedia dengan amalan
Berpandukan Al-Quran
Penuh keajaiban
Membimbing jalan kebenaran
Ada hanya
Pada Islam


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1432/Jun2011

Rabu, 8 Jun 2011

PANTUN INGAT MATI SYAHID



Buah rambai dalam peti
Lazat cita pula rasanya
Ingatlah selalu akan mati
Beramal soleh sedaya upaya

Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Bila ingin selamat di akhirat
Dengan jihad syurga dibeli

Burung serendit terbang melayang
Mari hinggap di ranting mati
Bila Allah kita sayang
Baru amal ibadat berkualiti

Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Eloklah iman sentiasa naik
Dapat mengelakkan politik songsang

Di sana padi di sini padi
Padi huma dari seberang
Kepada negara mari berbudi
Dengan menolak pimpinan temberang

Gunung Bentan gilang-gemilang
Air sungai mengalir perlahan
Dakwah Islamiah jangan dihalang
Nanti datang kemurkaaan Tuhan

Gunung Daik timang timangan
Tempat kera berulang mandi
Bila buat segala larangan
Rosak akhlak muda mudi

Hari panas helang berlegar
Ayam terkurung dalam reban
Bila hukum Allah dilanggar
Dalam neraka pasti dihumban

Hendak memetik daun palas
Buat isi buah berangan
Bila solat jemaah malas
Masuk syurga jangan berangan-angan

Jentayu si burung jentayu
Hinggap mari di pohon mayang
Apa makna Ketuanan Melayu
Jika abaikan falsafah sembahyang

Jeruk manis beli di pasar
Manis sekali kulit bijinya
Kehidupan munafik selalu tersasar
Ingin ke syurga dengan tipudaya

Jikalau ada lenggundi pahit
Belanga baru saya jerangkan
Elok bercita-cita mati syahid
Harta dan nyawa dikorbankan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1432/Jun2011

Selasa, 7 Jun 2011

PANTUN ELOK CEPAT MATI



Ambil tali panjang tujuh
Minyak bercampur air mawar
Sekarang tak ada musim tengkujuh
Kepada kroni projek ditawar

Anak Cina main gelombang
Nampak dari Tanjung Jati
Rejim perasuah boleh tumbang
Bila rakyat bersatu hati

Anak beruk dikayu rendang
Turum mandi di dalam paya
Kenaikan harga barang rakyat meradang
Mendoakan Pakatan menguasai Putrajaya

Anak ikan dimakan ikan
Ikan berenang di dalam perigi
Bila harta rasuah dimakan
Jadilah golongan yang rugi

Anak penjaja menikam pari
Pari ditikam tombak senangin
Bila kebenaran rakyat dicari
Baru penzalim dipandang dingin

Ayam ini ayam Kedah
Bawa ke pasar untuk dijual
Bila aurat isteri terdedah
Taraf aqidahnya perlu disoal

Belayar kapal bertimbang arus
Patah kemudi sepanjang pantai
Apa tanda iman kurus?
Menyokong UMNO hingga kutai

Berjalan-jalan di Bukit Tinggi
Singgah memetik bunga kemboja
Ketahanan "Wirawan" rakyat puji
Membela rakyat tujuan utama

Bintang barat terbit petang
Bintang timur terbit pagi
Pemerintah zalim kita tentang
Dengan iman yang berkualiti

Buah langsat ditepi busut
Mari dimuat di dalam peti
Parti perkauman sudah merosot
Harapan rakyat lekaslah mati


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1432/Jun2011

Isnin, 6 Jun 2011

BILA BERKAHWIN SEORANG PEREMPUAN



Bila seorang perempuan
Dinikahkan
Menangislah syaitan
Menangislah iblis
Didakwa perasuah bertaraf ikan bilis
Di akhirat perasuah besar jadi muflis
Di dunia merosakkan anak-anak gadis
Dibiarkan"Kebudayaan Pop" berkembang
Lahir ramai anak-anak gampang
Punca daripada mengabaikan sembahyang
Di Malaysia nyawa Altantuya melayang
Datang berjumpa abang
Datang mahukan komisen yang dijanji
Hasil jualan kapal selam
Buatan Perancis
Syarikat kroni
Dibayar begitu mudah
Hampir RM500 juta
Harga barang-barang naik rakyat menderita
Di kampung-kampung mula bercerita
Dah 53 tahun hilang citarasa bangsa
Dihakis oleh pembangunan
Diburu kemajuan
Dengan budaya kemunafikan
Dengan kononnya ketuanan bangsa
Dianaktirikan bahasa ibunda
Bahasa Inggeris didewa-dewakan
Bila tiba Buku Jingga
Rakyat mula menaruh harapan
Mahukan pertukaran
Diperingkat Persekutuan
Dengan berpihak keadilan
Dengan memuliakan rakyat
Dengan ehsan sesama insan
Harga barang-barang dikurangkan
Perasuah-perasuah didakwa
Di depan mahkamah sebenar
Di depan hakim-hakim yang adil
Diterima semua pihak
Kroni-kroni penzalim teriak
Rakyat marhaen dapat hak
Rakyat pendalaman dapat hak
Rakyat bergerak tanpa ketakutan
Inilah kejayaan demokrasi
Inilah kesan doa
Malaysia untuk semua


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1432/Jun2011

Ahad, 5 Jun 2011

TAHNIAH TIMBALAN PRESIDEN BARU




Tahniah
Mat Sabu
Kemenangan penuh bermakna
Berkat berceramah ke mana-mana
Seolah-olah kedengaran suara
Ada yang berkata
Mat Sabu
Haji Mat Sabu
Abang Mat
Mahu rejim zalim tamat
Digantikan dengan syariat
Dibanyakkan selawat
Terhadap Nabi Muhammad s.a.w
Budaya orang Islam
Berdoa siang malam
Ketahanan Adinda Mat mendalam
Pasti pemerintah zalim tenggelam
Seperti kapal Titanic di lautan  dalam


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1432/Jun2011

Sabtu, 4 Jun 2011

PANTUN ANTARA BAPAK HADHARI DAN BAPAK TODI RAKYAT PERLU PILH PENGGANTI BARU

Ikan yu ikan pari
Bawa ke rumah dalam baldi
Tinggal nama Islam Hadhari
Kekal pula jualan Brandi

Tanjung Katong airnya biru
Tempat pelancong duduk berehat
Saranan Machiravelli yang ditiru
Lahirlah barisan pimpinan jahat

Tanam ubi tanam keladi
Sambil menanam badan digaru
Bapak Hadhari bapak todi
Berpunca iblis dijadikan guru

Ikan puyu ikan keli
Setelah dikail masuk baldi
Penguasa sekarang ikut Machiravelli
Terima nasihat syarikat Yahudi


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1432/Jun2011

Jumaat, 3 Jun 2011

ORANG TUA BERTONGKAT



Dari jauh berjalan kaki
Setiap hari menuju surau
Setiap waktu subuh
Sedia solat berjemaah
Sedia dengar tazkirah
Sedia dengar kuliah subuh
Sedia dengar bicara fajar
Bagi manusia sekular ini semuanya nampak sukar
Pihak berkuasa membiarkan pula aktiviti mungkar
Dalam media massa setiap hari disiar
Gelagat orang-orang besar menari poco-poco
Mula-mula diharamkan
Kemudian
Keluar fakta
Tarian poco-poco dibenarkan
Gelak ketawa gerombolan syaitan
Di sana sini berlebihan hiburan
Bebas pergaulan
Remaja-remaja
Artis aktres dipuja
Gossip-gossip dibaca
Ramai peceraian di antara mereka
Seolah-olah mengajak manusia ke neraka
Cukup celaka
Bila para pemimpin bermuka-muka
ISA
Ikut Suka Aku
Biar orang lain menderita
Kesedihan anak isteri
Sang penzalim merasa gembira
Melihat pencabarnya menderita
Lupa dia akan tua
Lupa dia memegang tongkat
Eloklah daripada sekarang berpakat
Seperti sahabat-sahabat
Seperti Saidina Ali
Seorang yang cukup berani
Di Badar saja sempat
Menumpaskan 21 tentera kafir Quraish
Menumpaskan gerombolan jahiliah
Berkopiah
Berusrah
Berpandukan sunnah
Berjiwa Mut'mainah
Bila memerintah beramanah
Bila berkawan bermesra
Bertakbirlah selalu
Buat baiklah selalu
Berzikir disuruh agama
Membangunkan Islam bersama-sama
Biarpun umur dewasa
Teruslah berjasa
Melalui bahasa
Mendaulatkan bahasa
Dengan banyak membaca
Dengan menulis
Menceritakan jahatnya iblis
Didakwa hanya perasuah ikan bilis
Dihinakan
Dipenjarakan
Larilah rakan-rakan
Biasa bagi setiap perjuangan
Buat suruhan tinggalkan larangan
Orang tua bertongkat bukan keseorangan
Ada Tuhan
Perlu hanya ketahanan
Berteraskan iman
Banyakkan amalan
Nescaya selamat di Hari Kemudian
Nikmatnya berpanjangan
Dilayani bidadari yang jelitawan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'akhir1432/Jun2011

Khamis, 2 Jun 2011

PANTUN RAKYAT DAPAT MANFAAT



Air mengalir nampak tenang
Membawa lumpur mengikut arus
Harap-harap Pakatan Rakyat menang
Dengan amanah negara diurus

Membawa lumpur mengikut arus
Dari hulu menuju laut
Dengan amanah negara diurus
Rakyat prihatin sedia ikut

Dari hulu menuju laut
Air tawar menjadi masin
Rakyat prihatin sedia ikut
Terjaga masih golongan marhaen

Air tawar menjadi masin
Hidup ikan berbagai jenis
Terjaga nasib golongan marhaen
Senyuman pemimpin sentiasa manis

Hidup ikan berbagai jenis
Gelama,kembong dan pari
Senyuman pemimpin sentiasa manis
Mahu rakyat hidup berdikari

Gelama,kembong dan pari
Mudah membiak dalam laut
Mahu rakyat hidup berdikari
Dengan keadilan hati terpaut

Mudah membiak dalam laut
Dipukat nelayan tak habis-habis
Dengan keadilan hati terpaut
Terancat segala rancangan iblis

Dipukat nelayan tak habis-habis
Dari dulu hingga sekarang
Terancat segala rangcangan iblis
Bila umat kuat sembahyang

Dari dulu hingga sekarang
Budaya munafik terus berkembang
Bila umat kuat sembahyang
Pemerintah zalim mudah tumbang

Budaya munafik terus berkembang
Beri projek kepada kroni-kroni
Pemerintah zalim mudah tumbang
Baru wujud masyarakat madani

Beri projek kepada kroni-kroni
Tarik subsidi daripada rakyat
Baru wujud masyarakat madani
Bila menguasai Kerajaan Pusat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'akhir1432/Jun2011

Rabu, 1 Jun 2011

MYKAD



Mykad
Kad saya
Diberi untuk pilihanraya
Boleh menang dengan bergaya
Boleh kekal perintah dari Putrajaya
Boleh buat apa saja
Boleh beli kapal selam
Gagal menyelam
Boleh beli kereta kebal
Penuh kocek puak bebal
Komisen saja
Ratusan juta
Biar rakyat menderita
Biar nilai RM rendah
Biar rambut isteri terdedah
Biar ramai belia Melayu penagih dadah
Asal gerombolan
United Malays National Organization
Bebas menggunakan Bahasa Inggeris
Pengaruh DBP biar terhakis
Biar penjawat-penjawat awam
Lupa dosa rasuah
Biar kuasawan hidup mewah
Biar niagawan berpendapatan lumayan
Biar apa jadi di Hari Kemudian
Yang penting hari ini selesa
Hari ini kekal berkuasa
Bila datang serangan jantung
Ada mufti doakan
Ada ulama muda mendoakan juga
Harap-harap masuk syurga
Mykad modal utama
Kekal berkuasa lama
First Lady tentu gembira
Dapat shopping keluar negara


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'akhir1432/Jun2011