Ahad, 30 September 2012

AKIBAT JAHIL





Aku lihat
Manusia melakukan maksiat
Asal kuasa dapat
Boleh buat
Ikut nafsu syahawat
Peduli akibat
Akhirat melarat
Seksa yang amat sangat
Soalan mungkar nangkir bukan aku tak ingat
Aku dengar daripada hadir
Di majlis ilmu
Selepas solat maghrib
Dalam hati itu cerita ghaib
Yang penting gunakan kuasa
Untuk salahguna kuasa
Setelah rampas kuasa
Di belakangku ada media massa
Ada cawangan khas
Ada PDRM
Ada SPRM
Ada BTN
Bersedia Tunggu Nazak
Bersedia Tunggu Neraka
Ini pemikiran orang jahil
Ini pemikiran golongan lama
Kata mereka
Jasa mereka banyak
Mereka rasuah biarlah
Jawablah dengan Allah
Hadapilah masalah
Seorang diri dalam tanah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1433/Sept2012

Sabtu, 29 September 2012

PANDANGAN SEORANG ILMUAN





Manifesto PAS tepati dasar Islam
Memberi kebaikan juga kepada bukan Islam
Yang penting kuat ilmu kalam
Yang penting bangun solat malam
Mudah bankrup kelab malam
Parti perkauman mudah tenggelam
Tak boleh tidur setiap malam
Memikirkan penjara
Di Sungai Buluh
Di Kajang
Rakyat tolak pimpinan temberang
Digantikan pimpinan berjiwa rakyat
Ikut syariat
Baik di dunia dan akhirat
Bertaubatlah ahli keris berkarat
Lupakan komisyen daripada korporat-korporat
Yang keparat-keparat
Sebaliknya terus beribadat
Tukar niat
Dari BN ke P.R
Tanda jiwa anda sihat
Ikan keli ikan sepat
Dalam kolam dapat membiak
Kebajikan rakyat boleh dapat
Hasil menyokong yang hak


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1433/Sept2012

Jumaat, 28 September 2012

PANTUN ANTI HADIS




          Mayang terendam di pusat tasik
                   Cuba diambil menaiki sampan
          Hati umat Islam terusik
                   Mendengar Mahathir punya ucapan


          Ikan sepat ikan haruan
                   Senang membiak dalam paya
          Mahathir hanya ikut Al-Quran
                   Disuruh kita supaya percaya


          Cenderawasih burung yang sakti
                   Singgah menghinggap di atas karang
          Nampaknya Mahathir lupakan mati
                   Secara sengaja Hadis diserang


          Masak keoteow bercampur kerang
                   Makan pula bersama keluarga
          Bila Hadis Mahathir serang
                   Tertutuplah peluangnya masuk syurga


          Satu, dua dan tiga
                   Mula mengira kanak-kanak Pasti
          Rugi bila terlepas syurga
                   Azab seksa saja menanti


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1433/Sept2012

Khamis, 27 September 2012

BUDAYA SI TOYOL




Bila orang Melayu
Baling kasut dalam masjid
Tanda ketandusan iman
Tanda kejahilan tegar
Tanda makan upahan
Buat segala tegahan
Buat tanpa akal fikiran
Penyokong-penyokong Barisan
Diajar membuat provokasi
Dari pimpinan korupsi
Dari pimpinan cakap tak serupa bikin
Orang Cina dah tak yakin
Diabaikan fakir-miskin
Diberi projek mega kepada kroni-kroni
Yang rapat dengan pimpinan tertinggi
Di akhirat pasti rugi
Di dunia juga rugi
Lihat saja di empat negeri
Wang komisyen susah dicari
Cari wang melalui upah mengganggu
Aktiviti-aktiviti Pakatan Rakyat
Suruh baling kasut baling
Suruh letak paku di tepi jalan
Letak paku
Buat saja suruhan pimpinan korup
Lupa di akhirat bengkrup
Bersama dengan Abu Lahab


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1433/Sept2012