Sabtu, 22 September 2012

PANTUN PUISI ALAT BERDAKWAH





Hari Rabu malam Khamis
          Bersamaan empat haribulan Zulkaedah
Sokong penzalim di akhirat mengemis
          Kuasai Putrajaya tidak berfaedah


Makan sireh terpaksa berludah
          Biasa bagi Melayu dahulu
Nasib perasuah hampir penyudah
          Buat maksiat tidak malu-malu


Burung pipit terbang sekawan
          Mencari makan turun ke sawah
Parti syaitan mesti dilawan
          Gunakan puisi boleh berdakwah


**Pantun dibaca di Masjid Al Itthidiah Kg Tengku Hussien 19 Sept 2012


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1433/Sept2012 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan