Sabtu, 1 Februari 2014

ELAKKAN PRASANGKA BURUK


Hakikat buta bukanlah buta mata, tetapi buta hati.
Hakikat miskin bukanlah miskin harta, tetapi miskin budi”
Dengan mata manusia melihat alam nyata ini
Allah yang buat dilupai manusia yang jahat
Dilupai oleh harta dan pangkat
Dengan kuasa boleh saja buat
Keluar negeri boleh berehat
Harga kangkong saja ingat
Makan kangkong badanpun sihat
Buat janji-janji manis kepada rakyat
Orang-orang kampung mudah terpikat
Kemajuan negara dalam TV boleh lihat
Merekapun berkata ”hebat-hebat”
buta hati” milek rakyat
Jahil tentang ilmu syariat
Lupa nasib diri di akhirat
Di dunia miskin harta
Di akhirat pahala tiada
Menanti saja seksa
Oleh itu
Mari terangkan hati
Dengan datang ke majlis-majlis ilmu
Belajarlah jangan jemu-jemu
Beri ”salam” bila bertemu
Barulah kaya budi pekerti
Beramalpun ada nilai
Hatipun jadi terang
Baru kenal pimpinan temberang
Banyak di dunia sekarang
Sekolah disangka penjara
Universiti disangka kilang
Prasangka ini kita buang
Dengan berjemaah bila sembahyang
Baru Allah dan Rasul kita sayang
Nikmat syurga jelas terbayang



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1435/Feb2014


Tiada ulasan:

Catat Ulasan