Ahad, 8 Mei 2011

MASA ITU BERGUNA




I

Gunakan masa
Setiap masa
Bergerak sentiasa
Mati hari ini, esok atau lusa
Semua binasa
Kecuali Allah, Maha Berkuasa

II

Masa sihat sebelum sakit
Mulakan amalan daripada sedikit
Betulkan niat
Setiap amalan berdasarkan niat
Niat kita
Kerana Allah, Maha Pencipta
Contoh terdekat ialah mata
Dengan mata kita membaca
Daripada membaca dapat ilmu
Daripada ilmu
Kita beramal
Beramal kerana Allah
Baru selesai masalah
Baru berubah
Pimpinan beramanah

III

Masa senang sebelum sibuk
Bermula solat maghrib
Hadir di majlis ilmu
Ilmu Fardhu Ain
Ilmu Fardhu Kifayah
Berteraskan Al-Quran dan Sunnah
Banyak faedah
Semua mudah
Bagi yang berjiwa mut'mainah
Beriman dan beristiqamah

IV

Masa kaya sebelum miskin
Kuasa Allah kena yakin
Cakap dan terus bikin
Daripada kalangan pemimpin
Diikuti yang di bawah
Dengar tazkirah
Berubah
Mulai diri sendiri
Anak dan isteri
Dalam jemaah menceburkan diri
Baru kuat jati diri
Keredhaan Allah terus dicari

V

Masa muda sebelum tua
Terus berusaha
Daripada yang wajib
Buat yang sunat
Semua bentuk ibadat
Baru terasa lazat
Bila menetapi syariat
Membanyakkan bekalan menuju akhirat

VI

Masa hidup sebelum mati
Bertindak penuh berhati-hati
Dengan zikir bersihkan hati
Betul aqidah hidup pun berkualiti
Sedar malaikat pun mencatit
Setiap amalan kita
Seperti pelita
Membawa cahaya
Bila pejam mata
Dengan rasa sukacita
Bila direbut lima masa
Sebelum tiba lima masa
Terimalah kami wahai Allah, Yang Maha Esa


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Jamdilakhir1432/Mei2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan