Ahad, 5 September 2010
PANTUN KUBURKAN PERKAUMAN
Tanam bunga dalam taman
Datang kumbang menghisap madu
Nasihat-menasihati sesama teman
Mudah masyarakat bersatu padu
Kumbang datang sebelah pagi
Menghisap madu tujuan utama
Orang munafiq di akhirat rugi
Suka putarbelit isu agama
Ada kumbang warna merah
Yang lain berbagai warna
Kepada Allah kita berserah
Supaya perpaduan kaum terbina
Waktu pagi turun embun
Nampak basah di atas rumput
Kerja jemaah sentiasa bertimbun-timbun
Yang lembab mudah semput
Rumput basah setiap pagi
Terasa sejuk cuaca di pendalaman
Di akhirat ada yang rugi
Yang tebal fahaman perkauman
Di kawasan pendalaman banyak balak
Ada ditebang secara haram
Isu perkauman boleh dielak
Dengan ilmu yang mendalam
Haram ada berbagai jenis
Hasil rasuah contoh utama
Bila mungkar dianggap manis
Tanda lemah pegangan agama
Manis rasa air tebu
Lazat diminum berbuka puasa
Apa tanda rosak kalbu?
Bangsa sendiri dianggap perkasa
Harum bau daun pandan
Kelihatan hijau dari jauh
Dapat taqwa daripada Ramadhan
Baru pendirian hidup teguh
Ikan laut ikan darat
Dalam air tempat berenang
Rakyat muak pemimpin keparat
Kejahatan mereka kita kenang
Air sungai mengalir tenang
Dari hulu menuju muara
Kita berpolitik untuk menang
Parti perkauman dikuburkan segera
HMS Abu Bakar
Ogos2010
Labels:
PANTUN KUBURKAN PERKAUMAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan