Sabtu, 24 Mac 2012

PEMBENTUKAN INSAN KAMIL



Manusia
Dicipta Allah dengan
Sebaik-baik kejadian
Ada akal
Ada perasaan kemanusiaan
Ada keinginan
Menjadi insan kamil
Perlu ada tiga perkara
Keluarga
Pendidikan
Kerajaan
Keluarga diketuai bapa
Mudah lupa
Bila berlebihan kuasa
Boleh disalahguna kuasa
Biasa bagi ketua negara
Mahu kaya cara segera
Mahu kaya cara mi segera
Lupa Allah ambil kira
Malaikat catat semua
Di kanan menanti pahala
Di kiri dosa...dosa
"Demi masa sesungguhnya manusia itu
dalam kerugian"
Perlu pendidikan
Perlu ilmu pengetahuan
Baru kenal Tuhan
Baru jauhi tegahan
Tinggi nampak Gunung Tahan
Terletak dalam negeri Pahang
Dalam rumah diberi asuhan
Baru wujud suasana kasih sayang
Terasnya adalah sembahyang
Bila Allah sayang
Bila Rasul sayang
Masyarakat madani terbayang
Tinggi nilai wang
Bila budaya rasuah berkurang
Puisi bermutu dikarang
Dideklamasikan depan ramai orang
Mudah kenal kaki temberang
Seperti pokok pisang
Pisang emas bawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang rakyat kena bayar
Dengan memberi khidmat berkualiti
Ini yang rakyat nanti
Putrajaya ditukar ganti
Segala kepincangan diperbetulkan
Dengan melaksanakan janji
Dalam 100 hari
Diberi kuasa
Nasib rakyat pasti terbela
Pimpinan adil mendatangkan pahala
Masyarakat majmuk bersukacita
Dikabulkan segala doa
Daripada insan bertaqwa
Di peringkat negeri dan
Di peringkat persekutuan
Inilah nikmat Islam dan iman
Boleh bersatu dalam kepelbagaian
Semuanya dengan izin Tuhan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/Mac2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan