Isnin, 19 Mac 2012

TAULIAH



Di negeri Perak Darul Ridzuan
Mengajar agama perlu kebenaran
Daripada Majlis Agama Islam dan
Adat Melayu Perak Darul Ridzuan
Tauliah mengajar agama Islam
Peraturan 5(3)
Peraturan-peraturan mengajar agama 1966
Kurniaan daripada Sultan
Yang Di Pertua dan Raja
Pemerintahan negeri Perak Darul Ridzuan
Sebagai ketua agama
Di negeri Perak
Kena lulus ujian tulisan
Dalam tulisan jawi
Dalam enam matapelajaran
Tauhid,feqah,tassauf
Hadis,tafsir dan sejarah
Selepas itu
Hadir ditemuduga
Di depan tiga ahli Majlis Agama Islam
Setelah lulus
Diadakan majlis penyampaian
Oleh Mufti negeri Perak
Dengan ini
Seseorang mendapat tauliah
Boleh mengajar agama
Dengan niat kerana Allah
Boleh di masjid ,boleh di surau
Boleh di mana-mana
Ilmu agama cukup berguna
Baru Melayu hidup tak hina
Baru Melayu ikut wahyu
Baru boleh bersatu
Dengan pimpinan bermutu
Kebajikan rakyat didahulukan
Rasuah dijauhkan
Di akhirat menanti seksaan
Berpanjangan
"Akhirat itu lebih baik dan lebih kekal"
Diterima yang berakal
Dengan iman dan tawakkal
Buat suruhan
Tinggal larangan
Perlu kesabaran
Perlu kesetiaan
Perlu keikhlasan
Perlu rakan-rakan
Yang tahan ujian
Yang berwawasan
Nabi Muhammad banyak kali berpesan
"Agama itu nasihat"
Diterima yang jiwa sihat
Seperti
Siti Khadijah
Saidina Ali
Zaid bin Harithah
Abu Bakar As Sidik
Mereka yang cerdik
Nabi Muhammad yang didik
Di Mekah, Di Madinah
Di Badar tentera kafir Quraish musnah
Abu Jahal makan tanah
Menyesal tak sudah-sudah
Oleh itu
Ikutlah Nabi Muhammad SAW
"Ulama itu pewaris Nabi"
Ulama yang cinta akhirat
Buat yang wajib dan yang sunat
Banyakkan selawat
Di Padang Mahsyar bermanfaat
Menanti berbagai nikmat
Semasa di dunia kuat beribadat
Berani menentang pengkhianat
Daripada gerombolan anak didik barat
Berbudaya
"Cinta dunia takut mati"
Rosak anak negeri
Rosak bahasa ibunda
Rosak iman dan Islam
Suasana jahiliah ini
Perlu diatasi dengan ilmu dan amal
Dengan "amar makruf nahi munkar"
Insyaallah budaya hedonis akan terbakar
Ilmu agama dijadikan akar
Komplot Zionis-Yahudi terbongkar
Bendera tauhid akan berkibar
Ilmu agama akan tersebar
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Mac2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan