Khamis, 30 Julai 2015

DENGARLAH SITI

I
Siti
Engkau memang cantik
Ramai ingin memetik
Di antara ahli-ahli politik
Bakal memegang kuasa
Mungkin juga PM
Mungkin juga menteri
Mungkin juga Ahli Parlimen
Menanti hidup penuh kemewahan
Buat saja suruhan
Jauhi pula tegahan
Nescaya engkau dipelihara Tuhan
Suatu keuntungan

II
Siti
Bila engkau dah digelar isteri
Boleh dibantu oleh orang gaji
Ada dari Indonesia
Ada dari Filipina
Layanilah dengan baik

III
Bila engkau dapat cahayamata
Jika lelaki
Namakanlah Ahmad
Boleh juga Muhammad
Jika perempuan
Namakanlah Aishah
Boleh juga Khatijah
Didiklah dengan penuh hikmah
Bila anak bertambah
Bersabarlah

IV
Siti
Bila anak-anak dah ke sekolah
Berzikirlah
Menyebut nama-nama Allah
Dengan nama-nama Allah
Nescaya penzalim akan kalah
Kerajaan pun berubah
Rakyat jelata dapat faedah
GST boleh dimansuhkan
Ini tanda kerajaan berkebajikan

V
Siti
Hadirlah dimajlis-majlis ilmu
Baru bertambah ilmu
Baru tahu
Poligami itu sunnah Nabi
Benarkan suami melaksanakan
Jika dia ada kemampuan
Tentulah jasmani dan rohani
Hadapilah Siti dengar berani
Pahala bersabar berguni-guni
Mudahlah lahir masyarakat madani

VI
Siti
Tahniah kerana sabar menghadapi ujian berkeluarga
Semoga di akhirat masuk syurga



HMS Abu Bakar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan