Jumaat, 3 Julai 2015

16 RAMADHAN 1436H

Enam belas Ramadhan
Hari Jumaat
Lailatulqadar kena ingat
Baru kuat beribadat
Benda haram janganlah lihat
Wanita muda sangat memikat
DiPasar Ramadhan ada yang terdedah aurat
Bila lelaki lihat
Pahala tinggal sekerat
Oleh itu
Jagalah mata
Jagalah telinga
Jagalah mulut
Baru dapat peringkat khusus
“Special fasting” kata orang Inggeris
Puasa ini puasa keadaan selamat
Oleh itu nasihat Imam Syafie kena ingat
Beramallah untuk akhirat
Amal soleh terus dibuat
Semasa badan sihat
Semasa masa mengizinkan
Buatlah segala suruhan
Jauhilah semua tegahan
Inilah jalan
Selamat di hari kemudian



HMS Abu Bakar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan