Sabtu, 4 Julai 2015

PANTUN KEBAIKAN HIJRAH

Bunga Tanjung putih berseri
Harum bau hingga ke pagi
Keredhaan Allah elok dicari
Baru diakhirat tak rugi

Harum bau hingga ke pagi
Bunga berada di atas tanah
Baru di akhirat tak rugi
Bila memimpin tetap beramanah

Bunga berada di atas tanah
Datang ayam terus dipijak
Bila memimpin tetap beramanah
Inilah tanda orang bijak

Datang ayam terus dipijak
Mencari ulat di bawah rumput
Inilah tanda orang bijak
Ekonomi negara tidak reput

Mencari ulat di bawah rumput
Kebiasaan bagi ayam kampung
Ekonomi negara tidak reput
Keutamaan kroni dapat dikepong

Kebiasaan bagi ayam kampung
Di hari kebesaran kena sembelih
Keutamaan kroni dapat dikepong
Di tangan pimpinan beramal soleh

Di hari kebesaran kena sembelih
Umur ayam nampak pendek
Di tangan pimpinan beramal soleh
Dari segi politik pun cerdik

Umur ayam nampak pendek
Manusia juga ada tempohnya
Dari segi politik pun cerdik
Elok pegang kuasa diPutrajaya

Manusia juga ada tempohnya
Umur Nabi 63 tahun
Elok pegang kuasa di Putrajaya
Kepada Allah kita memohon

Umur Nabi 63 tahun
Seluruh Arabia jadi Islam
Kepada Allah kita memohon
Ilmu Tauhid kuat didalam

Seluruh Arabia jadi Islam
Dalam masa yang terdekat
Ilmu Tauhid kuat didalam
Baru berakhlak yang berpangkat

Dalam masa yang terdekat
Islam berkembang ke banyak daerah
Baru berakhlak yang berpangkat
Kesan baik dari hijrah



HMS Abu Bakar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan