Khamis, 4 Februari 2010

KEAZAMAN RAKYAT PRIHATIN

Melihat kepincangan sana sini
Rakyat mula memikirkan sesuatu
Pakatan Rakyat perlu dibantu
Dengan memberi sokongan padu

Melihat pimpinan cukup tak serupa bikin
Rakyat mula kurang yakin
Harga naik menyusahkan golongan miskin

Melihat enjin jet boleh hilang
Melihat naik harga barang-barang
PR patut diberi peluang
Dasarnya nampak seimbang
Rasuah semakin kurang
Kebolehan memerintah
Kelantan
Kedah
Pulau Pinang
Selangor
Perak
Diakui Ketua Audit Negara
Dinyatakan dalam laporan Audit Tahunan
Kurang pembaziran
Baik pengurusan kewangan

Rakyat sedar
Negara perlu diselamatkan
Dengan pertukaran
Di peringkat Persekutuan
Putrajaya elok berubah tangan
Pimpinan P.R. berkebolehan
Perlu disegerakan
Baru rakyat dapat kebajikan
Berubah untuk perpaduan
Berubah untuk keadilan
Berubah untuk kesejahteraan
Bersatu dalam kepelbagaian
Negara makmur dan mendapat keredhaan tuhan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan