Selasa, 16 Februari 2010

PANTUN MAULIDUR RASUL 1431

Ikan Pari Ikan Bawal
Dua jenis ikan laut
Lahir Nabi bulan Rabiulawal
Dengan kepimpinannya hati terpaut

Ikan Bawal masak kari
Makan malam bersama keluarga
Berselawat kita setiap hari
Dapat syafaat mudahlah ke syurga

Air laut biasanya dalam
Hidup ikan berbagai jenis
Ikut jemaah menguatkan Islam
Bila berjuang terasa manis

Bulan Islam ada dua belas
Bulan Rabiulawal bulan ketiga
Dalam berjuang mestilah ikhlas
Terbuka luas pintu syurga

Warga emas makan kanji
Mudah bila berbuka puasa
Pemimpin sekulat suka berjanji
Membela rakyat sebelum berkuasa

Cincin emas cincin suasa
Boleh dibeli di kedai emas
Berlaku zalim bila berkuasa
Di Laut Merah Firaun lemas

Isi rambutan dalam guni
Bawa ke pasar untuk dijual
Mari wujudkan masyarakat madani
Baru kos hidup tak mahal

Satu, dua, tiga empat
Kedengaran suara dari Pasti
Berselawatlah dimana-mana tempat
Perjuangan nabi tetap dihayati

1 ulasan:

  1. Kita selalu dikelirukan.....sebagai contoh isu yang berlaku di Pulau Pinang tentang perarakan Maulidur Rasul...Yang mana lebih penting nak belarak ka nak ikut sunnah Nabi?......

    BalasPadam