Rakyat ada mata
Rakyat ada telinga
Rakyat ada hati
Dengan mata rakyat lihat
Maksiat di sana sini
Projek-projek diberi pada kroni
Membeli belah di luar negeri
Dengan telinga rakyat mendengar
Mendengar cerita
Enjin jet hilang
Naik harga gula
Naik harga barang-barang
Kos hidup melambung tinggi
Rakyat yang rugi
Dengan hati rakyat memendam rasa
Terhadap penyalahgunaankuasa
Dalam keadaan tidak menentu
Datang tawaran penubuhan dari Pakatan Rakyat
Dirasai rakyat
Di Kelantan
Di Kedah
Di Pulau Pinang
Di Selangor
Di Perak
Dirasai rakyat
Hanya
Sepuluh bulan sahaja
Tiap Jumaat
Doakan raja
Supaya
Islam
Dijaga
Khatib hanya baca
Demi masa
Sesungguhnya semua manusia dalam kerugian
Bila berfahaman perkauman
Bila ketepikan hukum tuhan
Bila kalimah saja didahulukan
Bila slogan saja kedengaran
Bagi rakyat prihatin
Masa berubah sudah tiba
Dengan mata
Dengan telinga
Dengan hati
Pakatan Rakyat tetap dihati
Tiada ulasan:
Catat Ulasan