Khamis, 4 Februari 2010

MUNAJAT PERDANA

Munajat perdana
Mengelak terus dihina
Di tangan manusia durjana

Munajat perdana
Peribadi Ibadurrahman dibina
Dengan iman di dada
Ilmu pengetahuan ada
Beramal penuh tenaga
Bersama keluarga
Menuju syurga

Syurga
Dikelilingi kesusahan dan kepayahan
Diganggu oleh syaitan
Dijanjikan duit sebagai umpan
Dijanjikan juga jawatan
Tertawan
Kawan bertukar lawan
Banyak berlaku di akhir zaman
Terpengaruh dengan kebendaan
Ketua di atas jadi sasaran
Bermunajat saja pada tuhan
Berbekalkan
Puasa sunat Isnin-Khamis
Solat Dhuha
Solat Tahajud
Solat Hajat
Solat Witir
Solat Fardu berjemaah
Boleh capai jiwa mutmainah
Bergerak dalam jamaah
Membesarkan Allah
Ikut Quran dan Sunah
Lahir pimpinan beramanah
Pengikut pula istiqamah
Puak zalim pasti musnah
Berselindung dengan kalimah
Sedang iman cukup lemah

Bila baik bercampur buruk
Haram bercampur halal
Haramlah jadinya
Oleh itu bermunajatlah
Berubah
Minda orang bawah
Membenci rasuah
Bila PR memerintah
Kos hidup akan rendah
Rakyat dapat faedah
Syukur kepada Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan