Ahad, 7 Jun 2015

MENANTI RAMADHAN 1436H

Waktu menulis sajak ini
Baru 17 Syaaban 1436 Hijrah
Kepada Allah kita berserah
Ulama sebenar jarang marah
Ulama politik lain pula
Besar kepala
Nasib “kem sendiri” dibela
Nasib penentang dia tak suka
Kelihatan masam muka
Imam Syafie berbeza
Imam Al-Ghazali lain pula
Menulis kitab-kitab menguatkan agama
Nama-nama mereka kekal lama
Dengan anak murid bekerjasama
Jadi ulama terkenal juga
Imam Nawawi
Hadis 40nya dipelajari di seluruh dunia
Oleh itu kita kena ada ilmu
Hadir di majlis ilmu
Tidak jemu-jemu
Baru tahu pendirian ulama politik
Biasanya cita-cita disembunyikan
Jawatan mahu dipertahankan
Bermuhasabah bila datang ramadhan
Buat segala suruhan
Jauhi semua tegahan
18 Jun 2015 bermulalah puasa ramadhan
            “Harum bau daun pandan
            Tumbuh subur tanpa baja
            Mari tingkatkan kualiti ramadhan
            Allah saja wajib dipuja”



HMS Abu Bakar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan