Isnin, 1 Jun 2015

PANTUN JUTAWAN MELAYU

Tanjung Katong di Pulau Singapura
Pulau Pangkor di negeri Perak
Syurga tempat orang gembira
Ada disediakan sungai arak

Pulau Pangkor di negeri Perak
Mashyur dengan Perjanjian Pangkor
Ada disediakan sungai arak
Peminum-peminum takkan mangkor

Masyhur dengan Perjanjian Pangkor
Permulaan Inggeris bertapak diPerak
Peminum-peminum takkan mangkor
Kerongkong jauh dari serak-serak

Permulaan Inggeris bertapak diPerak
Mengutip cukai tujuan utama
Kerongkong jauh dari serak-serak
Bila ikut arahan agama

Mengutip cukai tujuan utama
Perak ada bijih timah
Bila ikut arahan agama
Pengaruh syaitan jadi lemah

Perak ada bijih timah
Banyak dijumpa di Daerah Kerian
Pengaruh syaitan jadi lemah
Dari Quran dapat pengajaran

Banyak dijumpa di Daerah Kerian
Bandar besarnya bernama Taiping
Dari Quran dapat pengajaran
Terlupa dakwahkan Chin Peng

Bandar besarnya bernama Taiping
Dimajukan oleh Jutawan Melayu
Terlupa dakwahkan Chin Peng
Komunisma pula dia merayu

Dimajukan oleh Jutawan Melayu
Ngah Ibrahim peniaga pintar
Komunisma pula dia merayu
Akhirnya Inggeris pula menggeletar

Ngah Ibrahim peniaga pintar
Memiliki harta yang banyak
Akhirnya Inggeris pula menggeletar
Guna tentera untuk melanyak

Memiliki harta yang banyak
Penjajah Inggeris menaruh dendam
Guna tentera untuk melanyak
Riwayat Ngah Ibrahim pun padam

Penjajah Inggeris menaruh dendam
Didatangkan pekerja dari Cina
Riwayat Ngah Ibrahim pun padam
Ekonomi Cina terus dibina


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan