Khamis, 11 Jun 2015

PANTUN KESETIAAN KAWAN

Janda muda makan jamu
Muka berseri badan pun sihat
Elok hadir di majlis ilmu
Bila beramal datanglah manfaat

Muka berseri badan pun sihat
Boleh bergerak mencari rezeki
Bila beramal datanglah manfaat
Baru hilang sifat dengki

Boleh bergerak mencari rezeki
Cara halal dibenarkan Islam
Baru hilang sifat dengki
Banyak berdoa diwaktu malam

Cara halal dibenarkan Islam
Dapat keuntungan bayar zakat
Banyak berdoa diwaktu malam
Disisi Tuhan maqam terangkat

Dapat keuntungan bayar zakat
Diagihkan kepada yang berhak
Disisi Tuhan maqam terangkat
Kepada kebenaran sentiasa berpihak

Diagihkan kepada yang berhak
Dari kalangan umat Islam
Kepada kebenaran sentiasa berpihak
Tanda iman cukup mendalam

Dari kalangan umat Islam
Negara Turki sedang kehadapan
Tanda iman cukup mendalam
Pimpinan yang menjanjikan harapan

Negara Turki sedang kehadapan
Diketuai oleh Presiden Erdogan
Pimpinan yang menjanjikan harapan
Buat suruhan jauhi larangan

Diketuai oleh Presiden Erdogan
Seorang pemimpin yang berani
Buat suruhan jauhi larangan
Menyediakan asas masyarakat madani

Seorang pemimpin yang berani
Mahu Dr Morsi diselamatkan
Menyediakan asas masyarakat madani
Kesatuan Eropah semacam tertekan

Mahu Dr.Morsi diselamatkan
Dari dizalimi pemerintah Mesir
Kesatuan Eropah semacam tertekan
Pengaruh Islam susah diusir

Dari dizalimi pemerintah Mesir
Presiden Erdogan memberi bantuan
Pengaruh Islam susah diusir
Dari Allah dapat bantuan



HMS Abu Bakar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan