Isnin, 15 Jun 2015

PANTUN MATLAMAT BERJUANG

Rebung buluh dibuat ulam
Kumpul diikat dengan getah
Berpegang teguh dengan Islam
Membujur lalu melintang patah

Kumpul diikat dengan getah
Bawa kerumah terus dimakan
Pelaksanaan GST kita bantah
Demontrasi jalanan perlu dibanyakkan

Bawa kerumah terus dimakan
Selepas itu solat zohor
Demontrasi jalanan perlu dibanyakkan
Pak Samad jadi masyhur

Selepas itu solat zohor
Berjemaah dimasjid warna hijau
Pak Samad jadi masyhur
Keselamatan diri tidaklah risau

Berjemaah dimasjid warna hijau
Didatangi pengikut parti Islam
Keselamatan diri tidaklah risau
Baca Quran setiap malam

Didatangi pengikut parti Islam
Berjubah dan yang berserban
Baca Quran setiap malam
Harta sendiri sanggup dikorban

Berjubah dan yang berserban
Wanitanya pula menutup aurat
Harta sendiri sanggup dikorban
Membantu rakyat yang melarat

Wanitanya pula menutup aurat
Berjubah hitam atau putih
Membantu rakyat yang melarat
Berjuang tidak terasa letih

Berjubah hitam atau putih
Warna lain ada juga
Berjuang tidak terasa letih
Kebajikan rakyat sentiasa dijaga

Warna lain ada juga
Dari jauh kelihatan mencabar
Kebajikan rakyat sentiasa dijaga
Pimpinan diatas tetap sabar

Dari jauh kelihatan mencabar
Terutama bagi lelaki bujang
Pimpinan diatas tetap sabar
Keredhaan Allah matlamat berjuang

Terutama bagi lelaki bujang
Belanja perkahwinan sekarang tinggi
Keredhaan Allah matlamat berjuang
Baru diakhirat tidak rugi



HMS Abu Bakar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan