Selasa, 16 Jun 2015

PANTUN MENJADI CITA-CITA

Ambil lading menetak ular
Ketanah abang; barang dikaut
Boleh bertanding jangan mencalar
Biduk lalu kiambang bertaut

Ketanah abang; barang dikaut
Bawa kerumah buat perhiasan
Biduk lalu kiambang bertaut
Dengar ceramah sejuklah perasaan

Bawa kerumah buat perhiasan
Datang tetamu terus memuji
Dengar ceramah sejuklah perasaan
Selepas itu minat mengaji

Datang tetamu terus memuji
Segala puji-pujian kepada Allah
Selepas itu minat mengaji
Mudah selesai banyak masalah

Segala puji-pujian kepada Allah
Inilah adap orang beriman
Mudah selesai banyak masalah
Baru negara jadi aman

Inilah adap orang beriman
Menuntut ilmu jadi keutamaan
Baru negara jadi aman
Ekonomi bebas dari gangguan

Menuntut ilmu jadi keutamaan
Awal-awal agama mengenal Tuhan
Ekonomi bebas dari gangguan
Negara Turki mendapat perhatian

Awal-awal agama mengenal Tuhan
Ilmu Tauhid kata ulamak
Negara Turki mendapat perhatian
Presiden Erdogan tidak tamak

Ilmu Tauhid kata ulamak
Menjadi asas bagi agama
Presiden Erdogan tidak tamak
Memajukan negara tugas bersama

Menjadi asas bagi agama
Sesuai dengan fitrah manusia
Memajukan negara tugas bersama
Baru kehidupan tidak sia-sia

Sesuai dengan fitrah manusia
Lelaki suka perempuan cantik
Baru kehidupan tidak sia-sia
Bila beriman penguasa politik

Lelaki suka perempuan cantik
Pembaca Berita kebanyakkan wanita
Bila beriman penguasa politik
Memakmurkan negara menjadi cita-cita



HMS Abu Bakar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan