Kalau tidak kerana bulan
Tidak bintang terbit pagi
Kalau kita kurang amalan
Di akhirat mungkin menjadi rugi
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur panjang
Dengan jemaah menabur budi
Dari mana terbang pipit
Dari sawah turun ke padi
Kerajaan zalim jelas tersepit
Menerima nasihat syarikat Yahudi
Kalau roboh kota Melaka
Papan dijawa saya dirikan
Kalau tahan azab neraka
Buatlah kerja yang diharamkan
Kalau ada ikan di sawah
Boleh saya cuba mengail
Bila kaya dengan rasuah
Masuk neraka bukanlah mustahil
Kalau pisang masak sesikat
Boleh dijual di pasar tani
Ajaklah rakyat supaya berpakat
Mudah wajud masyarakat madani
Kalau helang terbang rendah
Tanda mangsa ada di taman
Bila isteri rambut terdedah
Tanda suami tandus iman
Udara pagi terasa nyaman
Bila berumah di tepi laut
Apa tanda orang beriman
Dengan kuliah hati terpaut
Bunga tanjung puteh berseri
Gugur ke bumi sepanjang malam
Apa tanda orang bistari
Berjuang bersama jemaah Islam
HMS Abu Bakar
2 Rejab 1431H
15 – 6 – 2010
assalam pak..moga sihat hendaknya
BalasPadam