Rabu, 9 Jun 2010

JIKA INGIN SELAMAT



Ingatan untuk persahabatan
Dunia hanya jambatan
Di kiri ada syaitan
Di kanan ada syaitan
Lupa reformasi bila dapat jawatan
Biasa dalam perjuangan
Bila di atas lupa yang bawah
UMNO dibenci kerana rasuah
BN dibenci kerana pecahamanah
Negara boleh musnah
Perlu ubah
Dengan semangat reformasi
Dengan membenci korupsi
Dengan membenci konspirasi
UMNO-BN sudah basi
Lihat saja di 4 negeri
UMNO jadi pembangkang

II


            Puak perantau menaiki tongkang
                        Melintasi laut yang bergelora
            Elok UMNO jadi pembangkang
                        Selamatlah rakyat dari sengsara

III


           Orang kampong makan nasi
                        Orang pekan makan roti
            Mari kembalikan semangat reformasi
                        Baru perjuangan Parti dihayati

IV

            Dari mana nak kemana
                        Dari sawah menuai padi
            Rakyat terus hidup hina
                        Bila hidup dengan berjudi




            Tanam pisang di tepi hutan
                        Bila masak boleh tebang
            Pakatan Rakyat menjadi jambatan
                        Supaya BN cepat tumbang

VI


           Tali unta perlu diikat
                        Lepas itu boleh rehat
            Dalam Pakatan kita berpakat
                        Mudah menguasai Kerajaan Pusat



16 Jamadilakhir 1431H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan