Isnin, 19 Januari 2015

PANTUN HIDUP SIA-SIA

Kanak-kanak makan aiskrim
Jumpa kawan beri sekerat
Pengamal Sunnah dituduh ekstrim
Penuduh itu lupakan akhirat

Jumpa kawan beri sekerat
Bila habis jilat tangan
Penuduh itu lupakan akhirat
Menanti seksa yang berpanjangan

Bila habis jilat tangan
Elok ucapkan Alhamdulillah
Menanti seksa yang berpanjangan
Kumpulan “25 Melayu” ingatlah

Elok ucapkan Alhamdulillah
Segala puji bagi Allah
Kumpulan “25 Melayu” ingatlah
Dalam kubur menanti masalah

Segala puji bagi Allah
Sebutan dalam bahasa Melayu
Dalam kubur menanti masalah
Waktu itu hanya merayu

Sebutan dalam bahasa Melayu
Melampau dalam urusan agama
Waktu itu hanya merayu
Derita di sana cukuplah lama

Melampau dalam urusan agama
Ekstremism dalam Bahasa Inggeris
Derita di sana cukuplah lama
Meraung-raung penyokong keris

Ekstremism dalam bahasa Inggeris
Tuduhan menghina di dunia Barat
Meraung-raung penyokong keris
Tolak Islam diakhirat melarat

Tuduhan menghina di dunia Barat
Lukis kartun menghina Nabi
Tolak Islam diakhirat melarat
Dalam kubur dipukul bertubi-tubi

Lukis kartun menghina Nabi
Bersandarkan kebebasan bersuara
Dalam kubur dipukul bertubi-tubi
Rugi yang tidak terkira

Bersandarkan kebebasan bersuara
Boleh buat sesuka hati
Rugi yang tidak terkira
Begitu menyesal bila mati

Boleh buat sesuka hati
Lupa itu kerja sia-sia
Begitu menyesal bila mati
Berlaku terhadap ramai manusia


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan