Khamis, 1 Januari 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015 MASIHI



I

Satu Januari 2015
Jasa ibubapa kita kena balas
Dengan perbanyakkan bacaan Surah Al-Ikhlas
Solat subuh jangan malas
Solat berjemaah jangan malas


II

1 Januari 2015
Lazimkan kanak-kanak makan kismis
Hati jadi terang
Puisi boleh dikarang
Musuh terus menyerang
Dengan bahan-bahan makan
Menggunakan nama-nama Melayu
Contoh terbaru mi kuning
Berjenama “Murni”
Diedarkan oleh peniaga Cina
Timbul soalan
Adakah mi jenama murni ini dibuat oleh orang Melayu?
Jawabnya meragukan
Melayu hanya pandai makan
Jika makan benda yang diragukan halalnya
Dari diri hilang cahaya
Malas mengamalkan kehendak agama
Islam hanya tinggal nama
Isinya tiada
Majlis ilmu dijauhi
Kedai Tikam Ekor didatangi
Pemilik Sports Toto memiliki Kelab bolasepak Inggeris Cardiff City
Jiwa Melayu terus mati
Dibiarkan akan membinasakan
Melalui pemikiran
Melalui bacaan
Oleh yang demikian
Mulai
1 Januari 2015
Kita ubah selera
Perintah Allah buatlah segera
Dosa pahala diambil kira
Ini yang patut diusahakan
Usahakan perubahan
Setelah memikirkan bahaya banjir
Yang melanda 9 negeri dinegara kita
Bukalah mata
Kuasa Allah jelas dan nyata
Islamlah agama kita
Tahun 2015 tahun merubah bangsa kita
Dengan ilmu
Dengan iman
Dengan amal soleh
Kuasa boleh beralih


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan