Jumaat, 16 Januari 2015

PANTUN PASTI KECEWA


Mayung ibul mayung ilam
Ketiga dengan mayung sebatu
Mendatangkan kekuatan solat malam
Betul aqidah mudah bersatu

Ketiga dengan mayung sebatu
Semuanya membiak dalam laut
Betul aqidah mudah bersatu
Laungan reformasi tetap disahut

Semuanya membiak dalam laut
Pintu pukat sentiasa terbuka
Laungan reformasi tetap disahut
Biar penzalim berkeadaan duka

Pintu pukat sentiasa terbuka
Ikan masuk tanpa disedari
Biar penzalim berkeadaan duka
Rakyat mahu pimpinan bistari

Ikan masuk tanpa disedari
Sedar-sedar dibawa ke darat
Rakyat mahu pimpinan bistari
GST itu membawa mudarat

Sedar-sedar dibawa ke darat
Peraih dipantai menunggu saja
GST itu membawa mudarat
Kecuali pimpinan berjiwa raja

Peraih di pantai menunggu saja
Bayaran dilakukan secepat mungkin
Kecuali pimpinan berjiwa raja
Berkuasa ke atas rakyat miskin

Bayaran dilakukan secepat mungkin
Nelayan terima dengan sukacita
Berkuasa ke atas rakyat miskin
Menguasai ekonomi sebagai cita-cita

Nelayan terima dengan sukacita
Setelah bertarung di laut dalam
Menguasai ekonomi sebagai cita-cita
Sanggup memperalatkan umat Islam

Setelah bertarung di laut dalam
Keluarga dirumah berdoa saja
Sanggup memperalatkan umat Islam
Lupa Allah sebenar-benar Raja

Keluarga di rumah berdoa saja
Baca Quran setiap hari
Lupa Allah sebenar-benar Raja
Bila nazak; Imam dicari

Baca Quran setiap hari
Ini mendatangkan ketenangan jiwa
Bila nazak; Imam dicari
Di alam akhirat pasti kecewa


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan