Jumaat, 10 Januari 2014

KUATKAN AZAM KITA



“Sombong itu adalah orang yang benci
kepada kebenaran dan menghina manusia’
Manusia sama saja
Mempunyai keinginan
Memerlukan bantuan
Sifat sombong merosakkan
Sifat takbur merugikan
Perlu diperbetulkan
Dengan ilmu pengetahuan
Dengan berpandukan Al-Quran
Penuh dengan kebenaran
Ditolak manusia yang bersifat kebinatangan
Di Mekah diberi tentangan
Tiga belas tahun Nabi dakwahkan
Bersama sedikit bilangan rakan-rakan
Abu Bakar sebenar-benar rakan
Bilal bin Rabah dibebaskan
Mauzin Islam yang pertama
Sabar bila diseksa
Mulutnya hanya menyebut Ahad … ahad
Kuat berjihad
Ali Abi Talib
Zaid bin Harithah
Pendokong-pendokong Nabi yang setia
Mencintai kebenaran
Inilah yang patut diperjuangkan
Di tahun masehi 2014
Dengan ikhlas
Dengan menggunakan taknologi maklumat
Dengan penuh cermat
Syurga jadikan matlamat
Selalu bermesyuarat
Sifat sombong akan tamat
Sesama manusia ada rasa hormat menghormati
Kejayaan hanya nanti
Bila jemaah berkualiti
Kanak-kanak bermain di atas titi
Jatuh seorang dalam parit
Dengan berzikir kuatlah hati
Menghadapi cabaran walaupun perit


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Awal1435/Jan2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan