Jumaat, 17 Disember 2010

DOA UNTUK PEMIMPIN


Hidup adalah perjuangan
Perjuangan mempastikan kesihatan
Badan, minda dan jiwa
Ke sana ke sini ini dibawa
Itulah taqwa
Takut kepada Allah Yang Maha Mulia
Beramal dengan segenap
Isi-isi kandungan Al-Quran
Redha dengan apa yang sedikit
Ada pada diri kita
Berbekal dengan amalan
Untuk menghadapi Allah
Pada hari Kiamat
Kiamat telah berlaku kepada Firaun
Tinggal hanya sergam piramid-piramid
Binaannya dikenang setiap masa
Demi masa
Sesungguhnya manusia di dalam kerugian
Bila cuba melawan hukum Tuhan
Bila buat segala tegahan
Aeril Sharon mantan PM Israel
Warga Zionis yang kejam
Membunuh rakyat Palestin sesuka hati
Tanggal 4 Januari 2006
Diserang angin ahmar
Hampir 5 tahun tinggal nyawa-nyawa ikan
Diawasi doktor-doktor pakar bangsa Yahudi
Di tahun yang sama Hamas
Memenangi pilihanraya
Di Gaza
Diboikot oleh Dunia Barat
Disokong oleh kepimpinan keparat
Dari jiran-jiran seagama
Iman bukan pada nama
Iman dibajai dengan ilmu
Beramal tidak jemu-jemu
Di Putrajaya boleh jadi tetamu
Bila berubah Kerajaan Pusat
Bila masjid dipenuhi oleh jemaah-jemaah
Di waktu Solat Subuh
Tanda jiwa teguh
Buat yang Allah suruh
Dengan zikir kuatlah roh
Tinggal yang Allah larang
Mesti hapuskan politik wang
Mesti hapuskan 3 K
Kemiskinan
Kejahilan
Kemunduran
Dari Galas dan Batu Sapi dapat pelajaran
Musuh dapat kemenangan
Musuh bergantung kepada Orang Asal di sekitar Gua Musang
Sedar politik perkauman, politik usang
Mari atasi
Dengan mengatasi kemiskinan
Dengan memberi ilmu kepada rakyat jelata
Dengan ilmu saja boleh merubah masyarakat kita
Setiap ahli menanamkan cita-cita
Cita-cita
"Jemaah persada
Rakyat diutamakan"
Rakyat berbagai keturunan
Bersatu dalam kepelbagaian
Setia dalam persahabatan
Sabar dalam kesulitan
Biar yang layak diberi jawatan
Mendoakan kepimpinan di setiap kesempatan


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Muharram1432/Dis2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan