Selasa, 21 Disember 2010

MEMAHAMI HUKUM ALLAH

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan
manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya
(dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)"
Ada jasad
Ada roh
Buat yang disuruh
Tanda jiwa teguh
Tinggal yang haram dan makruh
Datang Kebudayaan Barat semuanya keroh
Dicipta teori evolusi
Daripada Charles Darwin
Yang kuat saja patut hidup
Yang marhaen biar papa kedana
Tanpa Islam hidup manusia merana
Bangunan 100 tingkat mahu dibina
Hub hiburan malam mahu diwujudkan
Kononnya untuk pelancongan
Biar buat segala larangan
Menuju kehancuran
Mujur ada Al-Quran
Menetapkan hukuman
Hudud dan Qisas sebagai penyelesaian
Diterima yang beriman
Diterima yang waras fikiran
Ini perlu disyarahkan
Ini perlu dikhutbahkan
Ini perlu diterima yang
Datang solat Jumaat
Ini perlu dikhadamkan
Ini perlu diterjemahkan
Dalam sistem pemerintahan
Yang sensitif dengan azab Tuhan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1432/Dis2010


** dideklamasikan di Al-Aulia selepas tazkirah Jumaat pada 17/12/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan