I
Manusia
Hari ini
Cintakan dunia serta takut mati
II
Manusia
Hari ini
Suka bantu kroni-kroni
Hiduplah mereka dengan kekayaan
Menjadi cita-cita kuda Trojan
Masuk parti dengan satu tujuan
Merosakkan parti dari dalam
Bila cita-cita terbantut
Keluar dari parti
Buat sidang akhbar
Dalam media massa perdana
Nampak segak saja
Lupa malaikat catat semua
III
Terbang rendah burung tempua
Turun ke sawah makan padi
Bila Kuda Trojan kecewa
Dia cuba salahkan parti
IV
Mengail ikan di atas titi
Dapat seekor ikan gelama
Bila terbukti busuk hati
Dalam parti taklah lama
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zuhijjah1431/Disember2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan