Khamis, 2 Disember 2010

MASA BEREDAR



I

Saat demi saat
Kuasa Allah kena ingat
Waktu sihat banyakkan ibadat
Pahala boleh dapat
Modal sebenar di akhirat
Nabi Muhammad s.a.w banyak memberi nasihat
Solat benteng umat
Daripada hasutan iblis yang dilaknat
Pengaruh negatif filem-filem barat
Menyuruh wanita membuka aurat
Kenyang buaya-buaya darat
Bertambah-tambah maksiat
Di Timur dan di Barat
Ingatkan rakyat
Dengan reformasi saja rakyat selamat
Membawa keadilan sejagat
Dalam demokrasi berparlimen ini boleh dapat
Di tangan rakyat
Suara rakyat suara keramat

II

Minit demi minit
Yang sedar hanya sedikit
Iklan rokok menggamit-gamit
Iklan arak dibenarkan di mana-mana
Ceramah umum terus disekat
Ruang demokrasi menjadi sempit
Dengan menyalahguna kuasa menambah duit
Hidup mewah sebagai matlamat
Ceria kroni dan suku-sakat
Kehendak amarah mudah dapat
Lupa nyawa akan tamat
Datang Izrail baru mahu taubat
Tapi dah terlambat

III

Jam demi jam
Makan harta haram
Polis tangkap dan cuba benteras judi haram
Lesen judi terus diberi
Pusat judi kedua di Bukit Tinggi
Pejuang sekular di akhirat rugi
Fikir hanya bangunan-bangunan tinggi
KLIA dan KLCC
Kenyang kroni-kroni
Kaya-raya daripada korupsi
Takut poligami
Satu suami satu isteri
VCD lucah senang dicari
Pelakon-pelakon anak negeri
Dah lupa diri
Hasil dasar sekular-nasionalis
Senyum iblis

IV

Hari demi hari
Guru mursyid susah dicari
Ulamak terompah mengkayakan diri
Lupakan mati
Buta hati
Suasana ini perlu diganti
Bila sedar langit itu tinggi
Ciptaan Ilahi
Rasuah dijauhi
Masuk kubur pasti rugi

V

Minggu demi minggu
Hukum Allah ragu-ragu
Politik suku agama suku
Bila mati semua amalan tak laku
Badan dah kaku
Baru tahu
Allah berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu

VI

Dari bulan ke bulan
Daripada nabi s.a.w ambil tauladan
Daripada Sunnah dan Al-Quran
Sesuai sepanjang zaman
Daripada ujian miningkatlah iman
Baru wujud kedamaian
Baru wujud keadilan
Baru wujud negara makmur dan diredhai Tuhan


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1431/Dis2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan