Jumaat, 24 Disember 2010

BILA INGKAR PERINTAH ILLAHI

Hijrah
Datang lagi
Ada yang rugi
Songkok hitam biar tinggi
Lebih daripada lima inci
Dengan kaum lain tetap benci
Dapat projek "tokeh" dicari
Dapat duit boleh joli
Dapat ilham dari Machiavelli
Warga Itali
Undi boleh dibeli
Dengan sekampit beras
Dengan sehelai kain pelekat
Dengan sehelai kain batik
Biar rakyat pemikiran cetek
Dapat digula-gula lima tahun sekali
Pada 2008 tak menjadi
Lepas itu ambil nasihat daripada Syarikat Yahudi
Biarpun bertentangan dengan amaran Illahi
Baca ayat 120 surah Al-Baqarah berkali-kali
Nescaya mengerti
Bahaya bila mati
Bila di dunia ingkar perintah Illahi


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1432/Dis2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan