Selasa, 7 Disember 2010

CARA MENCAPAI KEBAHAGIAAN



Semua manusia ada jasad dan roh
Semua manusia mahu bahagia
Semua tahu bahagia itu berkaitan
Dengan roh
Buat yang Allah suruh
Buat yang Nabi suruh
Baru jiwa tidak keruh
Semua sedar bahagia itu
Bukan pada jasad
Oleh itu elakkan hasad dan dengki
Bangun awal setiap pagi
Terus mandi
Menghadapkan diri kepada Ilahi
Nescaya maksiat dijauhi
Nescaya pemimpin zalim dijauhi
Nescaya gerombolan perkauman dijauhi
Baru suasana hidup harmoni
Baru wujud aman dan damai
Sesuai dengan doa kita
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang yang berjiwa tauhid
Menjadi mujahid
Membela rakyat jelata
Bukan saja dengan kata-kata
Tapi dengan jiwa raga
Inilah jalan ke syurga
Inilah jalan bahagia
Barang-barang di pasaran murah
Penjawat-penjawat awam bebas daripada rasuah
Suka dengan tazkirah
Minat dengan ceramah
Sokong pemimpin beramanah
Dimulai dari rumah
Bertutup aurat bila keluar rumah
Eyonne Riddley lakukan
Lauren Booth lakukan
Dua wartawan wanita Inggeris
Bila beragama Islam
Menjauhi kelab malam
Apa perlunya Hub Hiburan Malam
Bila benar-benar ikut Islam
Bila laksanakan akujanji
Berhadapan Ilahi
Setiap kali solat
Menghadap kiblat
Membesarkan Allah setiap saat
Baru hidup berkat
Baru kuat setiakawan rakyat
Baru penzalim pendek hayat
Baru pemerintahan telus
Baru projek kebajikan diutamakan
Baru rakyat bahagia
Mendapat pimpinan yang boleh dipercayai
Contoh terbaik Umar Abdul Aziz
Seorang khalifah yang bertaqwa
Majoriti rakyatnya gembira
Perintah Allah buat segera
Kebajikan rakyat jadi matlamatnya
Inilah kebahagiaan
Dapat dirasakan


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Muharram1432/Dis2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan