Sabtu, 18 Disember 2010

MUS'AB BIN UMAIR


I

Buah hati Quraish
Segak
Dikasihi emak
Memilih yang hak

II

Lahir di kalangan keluarga yang kaya
Wajahnya dipandang manis oleh mata
Ramai perempuan dan wanita Mekah terpesona dan menaruh cinta
Orangnya bergaya
Sambil wanita bangsawan tergila-gila
Mus'ab terdengar orang-orang Mekah bercerita
Ada perjumpaan sulit di sebuah rumah di Bukit Safa
Di rumah Al-Arqam dengan Muhammad Al-Amin berjumpa
Mendengar ayat-ayat Al-Quran Mus'ab terus percaya
Agama Islam diterima
Dengan lapang dada

II

Rahsia Mus'ab diketahui oleh ibu yang berpendirian tegas
Khunaas binti Malik bertindak ganas
Mahu dilanyak anak kandungannya jadi hampas
Dari kurungan Mus'ab lepas
Berhijrah ke Abyssinia bersama-sama orang beriman
Menderita berbagai kesusahan
Kembali ke Mekah pelbagai pengalaman
Kali kedua berhijrah ke Abyssinia Mus'ab pergi penuh keyakinan

III

Daripada seorang pemuda yang kacak,lawa dan kaya
Mus'ab berpakaian selekeh
Nabi s.a.w terasa sedih
Puasa berganti hari dengan makanan hanya ala kadar
Keindahan Islam Mus'ab sedar
Larangan Allah dan Rasul dia tidak sekali -kali langgar

IV

Tiba-tiba Nabi s.a.w pilih dari para sahabat
Mus'ab menjadi duta ke Yathrib
Persahabatan dengan Asad binti Zarrarah cukup karib
Penduduk berubah nasib
Mendengar bacaan Al-Quran yang ajaib
Daripada bacaan Mus'ab yang berakhlak mulia dan bijak fikiran
Aqaba kedua menjadikan  70 orang beriman
Kejayaan
Usaha Mus'ab yang penuh keikhlasan

V

Dakwah Mus'ab membawa hasil
Mendengar ayat-ayat al-Quran
Usaid bin Hudair terus menggigil
Mengaku diri jahil
Masuk islam seolah-olah ada memanggil

VI

Mus'ab bin Umar pendakwah gigih
Melawat dan ziarah tidak memilih
Saad bin Muaz dan Saad bin Ubaadah sudah beralih
Dua pahlawan terpilih
Panglima-panglima perang yang kuat beramal soleh
Masuk Islam dengan hati bersih

VII

Di Yathrib cahaya Islam bersinar-sinar
Semasa berdakwah Mus'ab cukup sabar
Musuh datang Mus'ab tak gentar
Di peperangan Uhud semangat Mus'ab berkobar -kobar
Daripada Mus'ab ambillah iktibar
Beramal apa yang Nabi s.a.w ajar
Di Uhud syahid dikejar

VIII

Mus'ab duta Islam yang pertama
Di Uhud keselamatan Nabi s.a.w Mus'ab jaga
Sedang menikmati  pendahuluan syurga


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1432/Dis2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan