Isnin, 20 Disember 2010

PANTUN WIKILEAKS

Harum bau daun pandan
Kelihatan hijau dari jauh
Wikileaks dajal zaman moden
Hasad dengki dalam hati bersauh

Kelihatan hijau dari jauh
Perdu pandan di tepi pagar
Hasd dengki dalam hati bersauh
Perintah agama sanggup langgar

Perdu pandan di tepi pagar
Tumbuh subur tanpa baja
Perintah agama sanggup langgar
Bila budaya iblis dipuja

Tumbuh subur tanpa baja
Lihat saja pokok pisang
Bila badaya iblis dipuja
Lupa janji waktu sembahyang

Lihat saja pokok pisang
Boleh tumbuh di tepi pancur
Lupa janji waktu sembahyang
Rahsia rasmi boleh bocor

Boleh tumbuh di tepi pancur
Asalkan ada ruang tanah
Rahsia rasmi boleh bocor
Bila petugas tidak amanah

Asalkan ada ruang tanah
Boleh tanam apa saja
Bila petugas tidak amanah
Ada Si Ketol tumbangkan Raja

Boleh tanam apa saja
Langsat, manggis atau rambutan
Ada Si Ketol tumbangkan Raja
Pendedahan Wikileaks dapat sambutan

Langsat , manggis atau rambutan
Mudah tumbuh di negara kita
Pendedahan wikileaks dapat sambutan
Walaupun berita penuh dusta


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1432/Dis2010


*** dideklamasikan di Masjid Saidina Abu Bakar As Sidik Ulu Kinta pada 18/12/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan