Rabu, 8 Disember 2010

TINGGALKAN KETUANAN MELAYU



I

Mari kita bertenang
Bila Ketuanan Melayu dibincang

II

Mari renungi takrif "MELAYU"
dalam Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan jadi rujukan
Diterima yang waras fikiran
Diterima yang berilmu pengetahuan
Dengan ilmu cerah masa depan
Dengan iman dan amalan
Cerah di Hari Kemudian
Hari setelah kematian
Baru sedar tak bernilai slogan
"Ketuanan Melayu"
Bila di dunia iman layu
Bila di dunia budaya layu
Bila di dunia bahasa layu

III

Mari bertindak positif
Mari ikut Islam
Mari daulatkan Bahasa Melayu
Mari ikut adat istiadat Melayu
Yang tidak bercanggah dengan wahyu
Daripada perlembagaan kita tahu
Melayu bererti beragama Islam
Bercakap Bahasa Melayu
Dan ikut adat istiadat

IV

Mana boleh orang Islam bercakap bohong
Mana boleh orang Islam menzalimi orang lain
Mana boleh orang Islam menolak hukum-hukum Tuhan
Mana boleh orang Islam membunuh Altantunya
Ini jahat punya kerja

V

Oleh itu
Kita betulkan nawaitu
Niat kita
Membesarkan Tuhan kita
Memakmurkan negara kita
Mendaulatkan rakyat
Memikirkan terutama akhirat
Tempat Firaun melarat
Tempat Haman melarat
Tempat Qarun melarat
Tempat Bilal bin Rabah beristirehat
Tempat orang mukmin berrehat
Pejuang Ketuanan Melayu tak ada tempat


HMS ABU BAKAR
paksaleh.blogspot.com
Muharram1432/Dis2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan