Pak Pandir |
I
Mat Jenin pun berfikir
Angan-angan nak kahwin anak raja
Angan-angan nak hidup senang-lenang
II
Pak Kadok pun berfikir
Mahu mengatasi nasib malang
Sokong gerombolan perkauman
Akhirnya
Keturunannya porak-peranda
Bangsanya jadi perasuah
Negaranya pasti musnah
III
Pak Pandir pun berfikir
Pandai tak mahu mengaji
Kuliah Maghrib dipulaunya
Ceramah agama dijauhinya
Tazkirah Ramadhan ditutup telinganya
Jauhlah dia daripada cahaya
Mudah terpedaya
Dia sangka keris telanjang ada sakti
Dia sangka songkok tinggi hebat
IV
Apa dibuat Mat Jenin
Apa dibuat Pak Kadok
Apa dibuat Pak Pandir
Semuanya sia-sia
V
Menyedari suasana merugikan ini
Mari berfikir secara strategik
Belajarlah
Nescaya jadi orang cerdik
Orang cerdik mengikut hadis Nabi s.a.w
Buat suruhan Allah
Tinggal larangan Allah
Beramal untuk kehidupan akhirat
Dalam realpolitik
Inilah tindakan strategik
Dapat dunia
Untung di akhirat
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1432/Dis2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan