Selasa, 14 Disember 2010
RUGI
Nama berbunyi Islam
Adam
Noh
Idris
Yusof
Mustafa
Hasmah
Kaya dengan rasuah
Dengan SAR marah
Peribadi Nabi mahu kritik
Katanya Nabi berjanggut
Sebab belum ada Supper Gillet
Macam ucapan pelesit
Menghadapi sakratul
Pasti sakit
'Kanak-kanak bermain di atas titi
Jatuh seorang dalam parit
Setiap bernyawa pasti mati
Sakitnya adalah terlalu perit'
Kuasa mudah disalahguna
Kuasa berlebihan, lebih-lebih lagi boleh disalahgunakan
Menguasai Eksekutif, Kehakiman dan Parlimen
Daripada rasuah beri keluarga makan
Terlepas solat Asar sebab sukan
Rugi masa depan
Perbaiki diri
Tauhid dipelajari
Tasauf dipelajari
Ulamak terompah dijauhi
Ulamak upahan dijauhi
Dari kaca TV dikenalpasti
Ada yang berjawatan mufti
Terhadap penzalim terus dekati dan sanggup dipuji
Di Bukit Jalil dengar hiburan
Daripada penyanyi remaja yang berkebolehan
Menjadikan remaja banyak angan-angan
Terus buat larangan
Suruhan Allah ditinggalkan
Perlu ada perubahan
Daripada diri sendiri
Cintakan akhirat dan cintakan mati
Baru berkualiti
Yang dilarang Nabi s.a.w.
Berhati-hatilah umat Islam
Lubuk Neraka terlalu dalam
Penderitaannya siang dan malam
Demi masa majoriti manusia tetap rugi
Menyokong korupsi
Terhasut dengan puak konspirasi
Lupa aku janji
"Sesungguhnya solatku, ibadahku,
hidupku dan matiku adalah untuk Allah,
tuhan semesta alam"
Renungilah wahai umat Islam
Bangun dan solat malam
Baca Al-Quran
Kuatkan iman
Berkawan dengan orang-orang yang cintakan insan
Berbekalkan perasaan ikhsan
Baik untuk manusia sekalian
Melayu, India, Cina, Iban dan Kadazan
Di akhirat terima balasan
Berdasarkan amalan
Berdasarkan kebenaran
Berdasarkan keadilan
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1432/Dis2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan