Jumaat, 10 Disember 2010
PANTUN POLITIK WANG
Tanam ubi tanam petola
Tumbuh subur dengan baja
Tinggi songkok di atas kepala
Terima duit sebelum bekerja
Waktu pagi ayam berkokok
Menandakan hari hendak siang
Ke sana ke mari memakai songkok
Tetap mengamalkan politik wang
Manis rasa kuih kuaci
Jatuh ke tanah dimakan ayam
Songkoknya sampai tiga inci
Memikir projek waktu qiam
Embun turun waktu pagi
Basah seluruh kawasan taman
Apa makna songkok tinggi
Kalau ada sedikit iman
Tanam bunga dalam taman
Di siram air pada setiap pagi
Tak berfaedah fahaman perkauman
Di akhirat termasuk golongan rugi
Buat tapai dengan ragi
Tapai ubi tapai pulut
Orang sekular di akhirat rugi
Semasa di dunia selalu belot
Air sungai mengalir tenang
Dari hulu menuju ke muara
Di dunia nampak semuanya senang
Di akhirat semuanya diambil kira
Buat sangkar dari bertam
Bertam tumbuh di tepi hutan
Walaupun tinggi songkok hitam
Rugi pada yang ikut syaitan
Manis rasa buah rambutan
Manis lagi air serbat
Dengan iman kuatkan pakatan
Sabar walaupun kejayaan lambat
Manis lagi air serbat
Menarik perhatian warna merah
Walaupun kejayaan nampak lambat
Tetap memiliki semangat hijrah
Dari hulu menuju ke muara
Mengalir perlahan tapi tetap
Perkara baik buatlah segera
Sebelum nyawa Izrail sentap
Perempuan hamil biasa mengidam
Terutama mengandung anak pertama
Semangat reformasi belum padam
Menumbang penzalim tugas bersama
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1432/Dis2010
Labels:
PANTUN POLITIK WANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan