Khamis, 9 Disember 2010
RENUNGKANLAH WAHAI BANGSAKU
Melayu dalam Perlembagaan
Perlu rujuk tentang "tafsiran"
Tafsiran Melayu
Beragama Islam
Bercakap Bahasa Melayu
Mengikuti adat istiadat Melayu
Sejak 53 tahun jelas dah layu
Disebabkan ingkar ajaran wahyu
Disebabkan ingkar akujanji
Di waktu solat 5 waktu
Disebut
"Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,hidupku dan matiku adalah untuk Allah
Tuhan semesta alam"
Jika Melayu itu Islam
Sudah tentu
Tidak menipu
Tidak bohong
Tidak guna slogan kosong
Tidak biarkan isteri tak bertudung
Lihat saja wanita Inggeris
Baru 2 hari masuk Islam
Sudah menutup aurat
Sudah meminati ajaran Islam
Sila lihat pejuang Ketuanan Melayu
Bahasa Melayu dah layu
Budaya dah layu
Terserlah hanya
Mat Rempit
Penagih dadah
Pelahir anak-anak luar nikah
Perasuah
Cakap tak serupa bikin
Kehidupan akhirat macam tak yakin
Nampak hanya sibuk dengan kehidupan dunia
Jika inilah budaya Ketuanan Melayu
Selama-lamanya
Hanya gendang-gendang kosong
Ikan gelama ikan kembung
Dua jenis ikan laut
Jika pemimpin pandai bohong
Dengan maksiat hati rakyat terpaut
Ikan keli ikan puyu
Ada juga ikan haruan
Apa makna Ketuanan Melayu?
JIka melanggar perintah Tuhan
Ulat bulu panjat durian
Jatuh seekor dalam lubang
Jika lupa hari kemudian
Inilah perjuangan yang sumbang
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1432/Dis2010
Labels:
RENUNGKANLAH WAHAI BANGSAKU
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan