Ahad, 12 Disember 2010
BANYAKKAN ZIKIR
Di depanku cahaya menyinar
Daripada ilmu akan tahu yang mana benar
Dalam diriku ada nafsu
Menyuruhku membuat maksiat
Aku tahu ada yang melihat
Aku melafazkan kata-kata
Bermakna taubat
Mindaku masih sihat
Roh masih ingat
Dunia itu tempat beribadat
Dunia itu tempat melakukan
Kehendak syariat
Buat yang wajib dan sunat
Pahala dapat
Jauhkan makruh dan haram
Pahala juga dapat
Harus pun mendatangkan manfaat
Jika betul niat
Ini betul-betul Rahmat
Didatangkan Nabi Muhammad s.a.w
Membawa Islam
Beribadat siang dan malam
Aku janji aku faham
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku,
dan matiku adalah untuk Allah,Tuhan
semesta alam"
Oh indahnya Islam
Bila bertemu memberi salam
Di depan syaitan tetap berdendam
Disuruh manusia pergi kelab malam
Disuruh membuat kerja-kerja haram
Dengan menghadiri majlis
Ilmu akan bertambah faham
Pisau diasah sehingga tajam
Mengingat Allah benting sebenar
Ada yang masih tak sedar
Masa terus beredar
Menuju sebenar-benar bandar
Bangunan-bangunan dibina
Asasnya tiga:
Islam
Iman
Ehsan
Sebagai hamba aku terus
Mengingati Raja Sejati
Baru jiwa jadi bersih dan suci
Banyakkan zikir
Mudah mengucap dua kalimah taiyibah
Bila semuanya berakhir
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1432/Dis2010
Labels:
BANYAKKAN ZIKIR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan