Selasa, 7 Disember 2010
HIJRAH 1432
Bila tiba 1 Muharram
Teringat hijrah Nabi s.a.w
Dibantu dengan setia oleh Abu Bakar
Di padang pasir yang membakar
Dipandu jalan oleh seorang pakar
Dia bukan beriman
Di atas sifat profesionalismenya
Dia berjaya membawa
Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat tercinta ke Yathrib
Jarak Mekah ke Yathrib 450km
Dengan unta
Pertolongan Allah jelas dan nyata
Warga Yathrib menyambut dengan sukacita dan bernasyid
"Bulan purnama sudah tiba"
Sambutan yang mengembirakan
Wira sejati yang membawa cahaya
Membawa iman dan persaudaraan
Membawa ketenangan
Buat suruhan tinggal larangan
Inilah jalan kejayaan
Jalan melintasi sempadan perkauman
Aus dan Khazraj dipersaudarakan
Setelah hijrah Nabi s.a.w
Setelah kuat iman dan Islam
Di bulan Ramadhan berlakulah peperangan Badar
313 umat Islam
Menentang 1000 tentera Musyhrikin Mekah
Dengan pertolongan Allah
Kemenangan berpihak kepada tentera Muslim
Iman jadi vitamin
Ukhuwah jadi pemangkin
Yang syahid menanti bidadari yang jelita
Di akhirat yang kekal abadi
Dimusnahkan dulu Zionis Yahudi
Diselamatkan para muda-mudi
Ditarbiyahkan yang tua keladi
Tanam pisang tanam keladi
Tanam pula di tepi paya
Mari porakperandakan Zionis yahudi
Betul aqidah Insyaallah berjaya
Bunga ros biasanya merah
Madunya sentiasa dihisap kumbang
Bila teringat peristiwa hijrah
Ternyata benteng perkauman tumbang
Bunga tanjung putih berseri
Harum bau di bawah pokok
Hadiah syuhada ialah bidadari
Terkecuali muslim yang merokok
Ikan seluang modek ke hulu
Di waktu arus sungai tenang
Menipu rakyat hendaklah malu
Jasa Nabi elok dikenang
Susu lembu mudah diperah
Bila diminum sihatlah badan
Mari kembalikan semangat hijrah
Keperibadian Nabi dijadikan teladan
** Dideklamisikan di HESCOM 2010 (Hadiah eSastera.com) di Laman Budaya Shah Alam pada 11Dis2010.
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1432/Dis2010
Labels:
HIJRAH 1432
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan