Jumaat, 17 Disember 2010

PANTUN DUA KERAT " KG WARISAN"

Buah rambutan buah pulasan
Elok ada Kampung Warisan

Waktu berlatih soldadu pengsan
Di K.L elok ada Kampung Warisan

Guna potret sebagai hiasan
Mari perjuangkan Kampung Warisan

Pelari pecut melintasi garisan
Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) sokong Kampung Warisan

Pergi melawat pameran lukisan
Budayawan Bertindak (BB) sokong Kampung Warisan

Orang tua-tua ada berpesan
Jaga budaya dengan Kampung Warisan

Ahli sufi berjiwa ikhsan
PAKSI dan BB sokong Kampung Warisan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram/Dis2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan