Ahad, 5 Disember 2010

JANJI HANYA TINGGAL JANJI

I

Ada mantan pejuang berkata
"Janji hanya tinggal janji"
Rugi bila menyokong kerja keji
Pembunuhan Altantunya kerja keji
Meninggalkan perjuangan reformasi juga keji
Mengampu penzalim juga keji
Menyokong akta-akta zalim juga keji

II

Ada bekas pejuang berkata
"Janji hanya tinggal janji"
Berlaku bila ada banyak pengkhianat
Berlaku bila boleh dibeli dengan wang
Berlaku banyak di zaman sekarang
Contoh terkenal "politik wang"
Contoh terbaik "salahguna kuasa"

III


Ingatkah sumpah keramat dahulu
Rakyat jelata tertipu
Sekarang pandai mengampu
Fulus punya pasal
Mampus di akhirat
Dalam kubur pasti disoal
Menyesal....menyesal


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1431/Dis2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan