Ahad, 26 Disember 2010
CONTOHILAH WARTAWAN INGGERIS
I
Nasib umat di Gaza, Palestin
Dipukul dipulau macam tin kosong
Bersesak-sesak macam ikan sardin dalam tin
Kemenangan masih yakin
Iman jadi pemangkin
Walaupun keadaan tetap miskin
Pertolongan Allah tetap yakin
Rakyat Barat ada yang prihatin
Melihat penderitaan rakyat Palestin
Menahan kehausan ketika kekurangan air minuman
Menahan perut lapar dari cuaca yang panas
Bukan sehari tapi berhari-hari
Terfikir di dalam hati
Lauren Booth
Seorang Wartawan Inggeris
Hati kecilnya terguris
Selalu menangis
Kesedihan melihat kanak-kanak Palestin
Membesar tanpa roti dan keju
Membesar dengan iringan air mata
Husni Mubarak tetap buta
Raja-raja Arab lain pun buta
Walaupun banyak harta
Tapi mati jiwa
Tapi mati perasaan kemanusiaan
Ini yang membuatkan Lauren Booth hairan
Semakin didampingi rakyat Palestin
Dia semakin yakin
Ada kuasa yang membantu kanak-kanak Palestin
Membesar dalam perjuangan
Perjuangan bukan kerana bangsa
Bukan kerana ketuanan kaum
Tapi kerana menyambung hidup
Hidup sebagai manusia
"Sesungguhnya manusia itu
dicipta Allah dengan
sebaik-baik kejadian"
Ada roh ada perasaan
Ada jasad ada belas kasihan
Terkecuali
Namrud
Firaun
Haman
Dengan syaitan mereka berteman
Di bumi Palestin Lauren Booth dapat pelajaran
Merasai ikatan kemanusiaan
Selepas melawat Iran
Lauren Booth beriman
Meninggalkan semua Budaya Barat
Dengan rakyat Palestin hatinya terikat
Dengan Islam dia terpikat
Dengan menulis Lauren Booth membantu perjuangan umat
Melawan Zionis Yahudi yang keparat
Pahala Lauren Booth dapat
Di DUN tenang boleh dapat
Dengan syarat
Orang Felda ingat akhirat
Orang Melayu lupakan keris berkarat
Lupakan saja pengkhianat-pengkhianat
Sebaiknya contohilah
Lauren Booth
Dengan membantu rakyat Palestin
Allah kurniakannya
Iman dan Islam
Kuburkan saja hub hiburan malam
Lupakan saja menara warisan
Sebaliknya
Selamatkan 7 kampung Melayu di sekitar
Setapak dan Sentul sekitar Kuala Lumpur
Wartakan sebagai Kampung Warisan
II
"One, two, three, four
Di akhirat pengkhianat kekal menggelupur"
III
"One, two, three
Satu, dua, tiga
Di akhirat ada bidadari
Bagi yang berada di syurga"
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram 1432/Dis2010
**Didekalmasikan di Konsert Mengingati Gaza, Palestin pada 26/12/2010 di Silveritage, Medan Gopeng, Ipoh
Labels:
CONTOHILAH WARTAWAN INGGERIS
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan