Rabu, 15 Disember 2010

BARU BERERTI KETUANAN MELAYU


Di Amerika
Ada Chinatown
Di Britain
Ada Chinatown
Di Kuala Lumpur
Ada Little India
Di Kuala Lumpur
Terletaknya Kampung Baru
Yang nampak layu
Nasib orang Melayu
Di bawah pimpinan Ketuanan Melayu
Menguasai DBKL
Ada
Plan Struktur Kuala Lumpur
Kampung Melayu akan pendek umur
Tujuh Kg Melayu akan hancur
Ditelan oleh Draf KL 2020
Jika tidak ada bantahan
Dari orang Melayu
Kg Bandar Dalam
Kg. Padang Balang
Kg Puah
Kg Puah Seberang
Kg Chubadak
Kg Sg Merati
Kg Sg Mulia
Akan ditelan pembangunan
Tindakan mewujudkan
Kampung Warisan Melayu usaha murni
Orang Melayu kena berani
Berani macam orang China
Ada ChinaTown di USA
Begitu juga orang India
Ada Little India di KL
Patut ada Kg Warisan Melayu di KL
Patut disokong oleh penguasa ketuanan Melayu
Kita ada keris telanjang
Kita ada pusat serenti
Kita ada Mat Rempit
Bila keadaan tersepit
Baru minta Melayu bersatu
Bersatulah
Wujudkanlah
Kg Warisan Melayu di KL
Boleh dilihat dari bangunan 100 tingkat
Boleh dilihat dari KLCC
Wartakan Kg Warisan segera
Dapat dilihat generasi kemudian
Kg Warisan Melayu di KL
Wujud bersama
China Town
Little India
Sentiasa hidup bersama, kerjasama
Dalam semua hal keduniaan
Berkenal-kenalan
Disuruh Al-Quran
Mempercayai kewujudan tuhan
Tujuh Kg Melayu tetap bertahan
Dalam apa-apa keadaan
Disokong para seniman dan sasterawan
Bertahan dalam kepelbagaian
Dibenarkan dalam sistem demokrasi berparlimen beraja
Kita hanya perlu bekerja
Pertahankan hak kita
Allah saja tuhan kita
Rasulullah pemimpin berwibawa
Di Badar, Abu Jahal kecewa
Ke akhirat dosa dibawa
Menyesal sepanjang masa
Oleh itu wahai sang penguasa
Belalah nasib anak bangsa
Kekal tinggal di Kuala Lumpur
DI Kg Warisan Melayu KL
Bersama-sama
China Town dan Little India
Nescaya wujud suasana gembira


** Dideklamasikan di Malam Perhimpunan Seniman dan Budayawan di Madrasah Tarbiyyah Kg Bandar Dalam, KL pada 7Dis2010.


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1432/Dis2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan