Ahad, 3 Oktober 2010

ZIKIR SUFI



Mengingati Allah
Menyelesaikan banyak masalah
Mengurangkan sikap berbalah-balah
Melalui jiwa mut'mainah
Sentiasa beramanah
Menguatkan perpaduan ummah
Menghadapi musuh terasa mudah
Bila betul aqidah
Banyak faedah
Rancangan jahat musuh terdedah
Melalui tazkirah
Melalui ceramah
Menambah maklumat kepada jemaah
Melalui puisi boleh berdakwah
Pemimpin dapat isi rakyat dapat kuah
Bila berlaku banyak rasuah
Rakyat bermasalah
Di sana sini berlaku jenayah
Di sana sini pecah amanah
Negara boleh musnah
Kewajipan ahli sufi menghidupkan Sunnah
Berzikir mengalir dalam darah
Jiwa dan raga diserah
Kepada Allah
Ya! Allah
Ya! Rahman
Ya! Rahim
Ya! Kahar
Ya! Mujibusalin
Ya! Allah ampunkan dosa kami
Ya! Allah ampunkan dosa kedua ibubapa kami
Ya! Allah ampunkan dosa kaum muslimin dan muslimat
Ya! Allah satukanlah seluruh umat
Dengan hukum-hukum syariat
Berubah bila dengar khutbah Jumaat
Khatibnya bersemangat
Makmumnya berminat
Kesan baca Al Mathurat
Leher musuh-musuh akan terjerat
Kematian Altantunya berniat
Kematian Beng Hock berniat
Kematian kugan berniat
Kematian Sosilawati berniat
Pembunuh-pembunuh tak selamat
Diketahui bila berlaku kiamat
Di sini sajak pun tamat


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Oct 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan