Isnin, 11 Oktober 2010

BAIK UNTUK PARTI



I
Bila berjuang dalam parti
Betulkan niat dalam hati
Ingin hanya berbakti
Elakkan irihati
Sabotaj kawan jauh sekali
Menjahanamkan kawan jauh sekali

II
Ikan limbat ikan keli
Boleh dapat dalam sawah
Berbaik-baik sesama ahli
Ini budaya pimpinan bermaruah

III
Ikan keli ikan puyu
Boleh ditangkap menggunakan belat
Bila ikut ajaran wahyu
Baru pemimpin tidak mengelat

IV
Waktu pagi elok berjalan
Sambil berjalan ingatkan Allah
Semasa hidup banyakkan amalan
Baru parti kurang masalah

V
Ikan pelata ikan cencaru
Mencari makanan waktu petang
Parti Keadilan parti baru
Pilihlah pemimpin yang matang

VI
Dalam zoo banyak binatang
Ada ular ada rusa
Musuh dalaman kita tentang
Semoga parti terus perkasa


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Okt2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan