I
Bila sudah layu
Jati diri orang Melayu
Disuruh eratkan Perpaduan Melayu
Daripada pihak tertentu
Disuruh bersatu
II
Bila sebut perpaduan Melayu
Elok rujuk perkara 160
Perlembagaan Persekutuan
Adapun definasi Melayu
Ada 3 ciri
Beragama Islam
Bercakap bahasa Melayu
Ikut adat istiadat Melayu
III
Bila beragama Islam
Quran dan Hadis adalah sumbernya
Al-Quran petunjuk bagi yang bertaqwa
Taqwa bererti
Buat suruhan Allah
Ikut sunnah Nabi
Tinggal semua larangan
Yang haram dijauhi
Yang makruh dihindari
Tanda kuat jati diri
Elok kuasai kerajaan-kerajaan negeri
Kebajikan rakyat diutamakan
IV
Ikan cencaru makan petang
Diketahui oleh nelayan laut
Kerajaan zalim kita tentang
Dengan jihad hati terpaut
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Sept2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan