Isnin, 18 Oktober 2010

BERSATU DALAM KEBAJIKAN

Gambar Hiasan


Orang berpolitik
Perlu orang cerdik
Bila-bila masa rakyat mengherdik
Bila wujud budaya bodek
Istilah orang sekarang
Politik kroni
Lupa semangat reformasi
Membebaskan rakyat daripada dianaktirikan
Ilmu perlu dicari
Rezeki halal perlu dicari
Biarkan rakyat berdikari
Biarkan rakyat memilih pemimpin
Pemimpin yang berilmu
Pemimpin yang berakhlak mulia
Pemimpin yang cakap dan bikin
Baru ahli yakin
Baru reformasi jadi pemangkin
Baru parti jadi demokratik
Baru setiakawan jadi kenyataan
Baru musuh politik boleh ditewaskan
Baru berlaku perubahan
Baru rakyat dapat kebajikan
Kebajikan dalam kepelbagaian

HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan