Rabu, 6 Oktober 2010

TAK BERUPAYA LAGI

Gambar Hiasan


I
Bila dimasukkan ke hospital
Bila umur pun lebih 80 tahun
Mintalah ampun
Daripada kesalahan semasa berkuasa
Pasti ada salahguna ISA
Pasti ada keluarga terseksa
Anak kecil bertanya
"Mana bapa"
"Mana ayah"
"Mana abah"

II
Bila dimasukkan ke hospital
Bila umur lebih 80 tahun
Mintalah ampun
Daripada kesalahan bertimbun-timbun
Berkuasa lebih 22 tahun
Sekat bantuan SAR
Kuatkuasakan PPSMI
Kerosakan kepada orang Melayu
Masa itu belum wujud Perkasa
Berlebih-lebihan kuasa
Boleh guna ISA
Menderita keluarga mangsa
Sekarang hanya Allah Yang Maha Berkuasa
Mahu laksanakan akujanji sudah tak berkuasa
Bertempat di atas katil
Di bandar besar di Australia


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Okt2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan